10:12 malam

Selepas singgah Padang Kota Lama,  Mommy ajak pergi Sungai Dua pula.

Berpusing kami dibuatnya menurut panduan Garmin,  rupa-rupanya Sungai Dua ada dua di Pulau Pinang ni.

Sungai Dua yang kami nak pergi adalah Sungai Dua Butterworth,  di Exit 165 Lebuhraya PLUS.

Masuk Sungai Dua pula terpaksa berpusing dalam 2 kilometer lagi apabila kami tak dapat parking.  Tak sangka pula kereta dan kedai berderet-deret di sini. Special sangat gamaknya char kuew tiaw dan kedai makan di sini?

Kami ke kedai Sungai Dua Char Koay Teow Telur Ayam Dibasuh.  Tak tahulah sama ada "telurayamdibasuh" tu trademark kedai ni atau nama kedai ni.

Nak masuk sini pun kena tunggu dapat meja dulu memandangkan ramai sangat pelanggan.

Char koay teow mini dan char koay teow special di char kuey tiaw Sungai Dua Telur Dibasuh. char kuey teow sungai dua.

Bila dah masuk barulah kami tahu bahawa kedai Sungai Dua Char Koay Teow Telur Ayam Dibasuh ini mempunyai cawangan di Seri Kembangan...  Huk aloh... Alamat di Seri Kembangan adalah di No: 42 JalanPUJ 3/4 TamanPuncak Jalil.

Mommy order char koay teow special manakala Master order yang paling kecil memandangkan mata beliau dah kuyu dan beliau dah makan kerang rebus,  pasembor,  dan air batu campur di Padang Kota Lama tadi.

Suasana agak hingar dan berasap ramai pelanggan yang terbatuk-batuk, manakala si tukang masak pula Tedi tengok dah macam nak menangis tahan pedih mata. 

Pesanan kami sampai dalam masa 6 minit sahaja tapi ada yang sampai awal daripada kami kasih tak dapat pesanan mereka walaupun selepas Mommy dan Master habis makan. 

Rasa char koay teow di sini? Errmmm..  Tedi tak tahu apa yang istimewanya di sini tapi siapa yang dalam perjalanan dari utara atau selatan bolehlah singgah di sini jika lalu Juru. 

Char koay teow Sungai Dua Pulau Pinang Telur Dibasuh. char kuey teow sungai dua.

20160528