Kami tiba di rumah Mak Long Ili lebih kurang jam 10:40 malam...
Master memang gemar memandu pada waktu malam ke Sungai Besar.
Jalannya kira bagus juga sebab ada empat lorong, dua lorong pada tiap hala, walaupun beralun dan senget sebelah pada sesuatu tempat kerana tanah mendap.
Tedi berasakan sistem jalan dari Kelang ke Lumut ini boleh dijadikan template penyediaan jalan percuma oleh mana-mana kerajaan negeri, jangan bila ada tol saja baru boleh bagi jalan 4 lorong.
Walau bagaimana pun, jalan ini boleh dipertingkatkan lagi dengan sistem aliran jalan yang mudahkan pengguna keluar simpang.
Semalam peristiwa agak pahit juga bagi kami ketika kami menggunakan jalan di Sungai Besar pada waktu malam.
Ini adalah kerana kami terjebak dengan kesesakan lalu lintas pada beberapa kawasan kerana adanya kempen pilihanraya di situ.
Jadi cuba elakkan melalui kawasan ini pada waktu malam kerana mereka aktif pada kasa tersebut.
Jika anda perlu lalui jalan ini juga pada waktu malam, bertahanlah di lorong tengah apabila terserempak dengan kesesakan sedemikian kerana di lorong tepi penuh dengan aktiviti sama ada oleh kenderaan mahupun oleh pejalan kaki.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.