Newcastle United pasti mengalahkan Aston Villa?
- Minggu ini Newcastle United akan bertemu dengan Aston Villa, pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris.
- Newcastle United dijangka akan menang berdasarkan prestasi semasa, namun Aston Villa mungkin boleh mengamuk untuk saja-saja menyusahkan hidup penyokong Newcastle, tambahan pula pada 2009, Aston Villa berjaya kalahkan Newcastle dan sekaligus menyingkirkan kelab kesayang Master itu.
- Penyerang Aston Villa, iaitu Ayew perlu dikawal rapi, manakala pertahanan Aston Villa mungkin akan terus kelam-kabut.
Semoga pemain Chelsea bersemangat kalahkan Norwich dengan kehadiran bos baru.
- Chelsea sebenarnya dah tak perlu kejar apa-apa, kerana mereka ketinggalan 7 mata di belakang Liverpool.
- Selain itu para pemain Chelsea mungkin akan dipilih sertai EURO.
- Jadi Norwich mungkin bernasib baik kerana para pemain Chelsea mungkin akan menjaga kaki masing-masing.
- Cuma dikhabarkan bahawa bos baru Chelsea kan hadir, jadi ini mungkin akan menaikkan semangat pemain untuk "membodek" bakal bos mereka.
- Norwich kalah.
Manchester United masih perlu kejar tempat ke-4, jadi mereka perlu baham Sunderland.
- Sunderland kini ketinggalan 1 mata di belakang Newcastle.
- Namun Sunderland masih ada 1 perlawanan yang belum dimainkan berbanding Newcastle.
- Memandangkan Manchester United perlukan slot ke Champions League, pastilah mereka akan bermain bersungguh-sungguh dalam perlawanan ini.
- Namun Sunderland adalah pasukan yang agak hebat bertahan dan mampu membuat serangan balas. Mereka mungkin akan kecewakan pasukan lawan. Mereka adalah pakar dalam mendapatkan keputusan seri.
- Sunderland kalah juga... hihi..
Jika semuanya berjalan seperti di atas:
- Newcastle akan dapat 36 mata
- Sunderland 32
- Norwich 31
- Kelebihan 4 mata ini masih tak selamat kerana Norwich dan Sunderland masih boleh dapatkan maksimum 38 dan 37 mata kerana mereka masih ada 2 baki perlawanan.
- Apap-pa pun kita berharap semuanya memihak kepada Newcastle.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.