Tedi ni bukanlah seekor penulis yang berbakat, iaitu sesekor beruang yang mampu menaip apa sahaja apabila bersua papan kekunci.
Tedi selalunya akan menaip, baca, taip, baca, padam.
Hasilnya tidak selalu berakhir dengan penerbitan, dan hampir ada 61 coretan yang terbenam sebegitu sahaja dalam simpanan.
Jadi apabila Mommy bertanya, "Kenapa interpretZZ lama tidak dikemaskini?", jawapannya kerana ia perlukan fokus yang lama. Satu coretan yang hanya kandungi 200 patah kata bisa sahaja mengambil 2 jam masa yang Tedi tidak punya.
Tapi kini Tedi mulai aktif, mungkin kerana ada misi yang nampak nyata.
Apa yang Tedi akan buat sebelum mencoret? Tentunya Tedi banyak membaca.
Tapi pembacaan Tedi berat-berat kebanyakannya sehingga tidak mampu dihadam secara ringkas sebegitu sahaja.
Fakta sejarah dan sains takkanlah mahu diolah sebegitu sahaja?
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.