Ramai juga ingin tahu pengalaman Master mengalami keputusan tali sawat pemasaan (timing belt) pada Proton SAGA BLM 1.3 MT IAFM sehingga menyebabkan kepala silinder enjin kereta itu retak pada beberapa tahun lepas.

Mereka bertanya, "Bagaimana timing belt kereta kau boleh putus?"

Itu adalah soalan yang sukar untuk dijawab, dan mungkin lebih mudah untuk dijawab, sudah ketentuan Illahi. Tapi takkanlah nak jawab macam tu kan?

Mereka menduga bahawa Master tidak menukar timing belt kereta Proton SAGA BLM tersebut, tapi ia tidak benar sama sekali.

Sebenarnya banyak sebab tali sawat pemasaan (timing belt) sesebuah kereta boleh putus, seperti yang dijelaskan oleh guru Tedi:

beberapa punca timing belt boleh putus

Tali sawat pemasaan (timing belt) itu sudah uzur.

Kepada mereka yang tak tahu, jangka hayat timing belt adalah 95000 kilometer, tetapi sering dinasihatkan agar ia ditukar setelah 80000 kilometer kerana pusingan enjin juga berlaku ketika kereta tidak bergerak sama ada dalam kesesakan lalu lintas, atau berhenti di lampu isyarat, atau menunggu seseorang dengan anjin dihidupkan, atau juga ketika memanaskan enjin.

Inilah yang memeningkan kepala Master kerana ketika kejadian timing belt itu putus, ia baru saja ditukar, dan jarak perbatuannya baru sahaja mencecah 20000 kilometer.

Memandu dalam jarak dekat dengan kerap.

Kereta yang selalu dipandu dalam jarak pendek lebih banyak mengalami masalah timing belt putus, kerana lebih kerap kereta dipandu dalam keadaan ia sudah sejuk.

Teksi adalah calon terbaik untuk keadaan ini kerana mereka selalu berhenti untuk jarak dekat. Tedi tak pasti jika selalu sangkut dalam kesesakan lalu lintas termasuk dalam kategori ini atau tidak.

Selain itu tabiat tidak panaskan enjin dan memandu dalam keadaan terlampau sejuk turut mengundang masalah ini.

Memandu terlampau laju dengan kerap.

Ini mungkin fakta yang boleh menjawab persoalan Master, kerana sebelum kejadian, Master kerap juga memandu laju untuk mengejar punch card takut kelewatan masuk kerja.

Jadi untuk mengelakkan kerosakan pada tali sawat pemasaan (timing belt), adalah dinasihatkan supaya pemanduan dibuat dengan mematuhi had laju yang ditetapkan.

Memandu di jalan berdebu dengan kerap.

Aiseh, ini pun boleh jadi faktor ka? Memanglah di kawasan kerja Master tu jalan berdebu sebab masih ada banyak kerja-kerja pembinaan.

Debu-debu yang terlalu banyak pada timing belt boleh merosakkan komponen enjin tersebut.

Pendedahan timing belt kepada minyak

Timing belt yang terkena minyak boleh mengembang dengan jayanya dan menjadikannya tidak kuat. Perhatikan jika ada kebocoran minyak pada enjin terutama di sebelah kiri kita semasa kita menghadap enjin.


20160506