Sekarang jam 4:22 petang.

Selepas melahu di AEON Mall Kota Bharu, kami terjah pula Nagoya Textiles di dalam Tesco Kota Bharu. Sebenarnya inilah tujuan utama Mommy ke Kota Bharu hari ni, nak beli kain untuk hari raya nanti. Tapi biasalah kaum wanita, detournya banyak sangat.

Rajin juga kami ke salah satu cawangan Nagoya Kelantan ni, tak tahulah sebab apa Mommy suka singgah sini, mungkin kerana kedudukannya yang strategik?

 

Kerja kosong di Tesco Kota Bharu

Di Nagoya Textiles Tesco Kota Bharu ni ada kerja kosong.

Sesiapa yang minat untuk bekerja sebagai Pengurus Kedai, Penyelia, Jurujual, Ketua Juruwang, dan Juruwang bolehlah hubungi Mr King di nombor telefon 012-6892951.

Dijanjikan ada gaji asas, komisyen, overtime, KWSP dan juga caruman SOCSO.

Mr King? Macam drama P.Ramle la pulak.. hihihi... 😂

Sekarang tengah tunggu staff datang tolong Mommy potongkan kain pilihan beliau. Nampak macam mereka tak cukup pekerja untuk melayan pelanggan.

Bak kata orang tua, tak menang tangan.

gambar iklan kerja kosong di Nagoya Textiles TESCO Kota Bharu

Banyak pilihan kain di sini dengan rupanya yang berwarna-warni. Lihat sahaja dalam gambar di bawah, ada yang harganya RM 8.00 semeter, ada yang RM 9.00 semeter dan ada pula yang berharga RM 11.80 semeter. Pilih sahaja yang mana bersesuaian dengan warna kulit dan poket anda... hehe...

Sebenarnya tidak dibenarkan menangkap gambar di kedai Nagoya Kota Bharu ni tapi Tedi suka-suka je tangkap gambar di sini... kalau kena halau mau sia-sia sahaja, tapi ini Malaysia negara demokrasi, takkanlah tangkap gambar pun tak boleh. Kalau harga tu dah bagus dan berpatutan, tak perlu takutlah kan?

gambar promosi jualan kain terbaru di Nagoya Textiles di Tesco Kota Bharu, harga promosi jualan kain di Nagoya Textiles KB

Jadi bagi sesiapa yang bertanya, kat Tesco KB ada Nagoya Textile tak, jawapannya ada, dan silalah membeli-belah di sana, atau boleh sahaja mencuba cari kerja di Nagoya Textile Kota Bharu ni.

20160522