11:30, Pasar Kemboja, Parit Buntar.
Hari ini sepatutnya gerak balik ke Sepang, namun seperti biasa Mommy nak kederat (berjalan) pula.
Persinggahan jalan-jalan cari pasar Parit Buntar kami kali ini adalah Pasar Kemboja. Hasrat awalnya nak ke Pasar Kemboja yang betul-betul pasar di tepi jalan, tapi apabila tiba sahaja di Permatang Tok Mahat, kami rasa ditipu Waze kerana hanya tiang-tiang khemah yang kelihatan.
Tapi Waze ternyata tidak bersalah kerana setelah Master bertanya kepada warga stesen petrol Petronas berdekatan, mereka memaklumkan bahawa waktu operasi Pasar Kemboja Parit Buntar itu adalah sehingga jam 1 petang sahaja, dan hanya dibuka pada hari Sabtu sahaja.
Jadi kami menukar arah ke Gudang Pasar Kemboja atau Bazar Kemboja atau Tedi panggil juga Kompleks Pasar Kemboja kerana destinasi ini adalah di dalam sebuah bangunan kekal.
Lokasinya adalah:
Kualiti enam bulan sahaja?
Jadi kami ke singgah di Pasar Kemboja yang di dalam bangunan. Orang lokal kata harga di sini mahal sedikit berbanding yang di pasar, manakala kualiti yang di pasar pulia adalah 6 bulan sahaja.
Wallahu'alam, tak tahulah kenyataan itu benar atau tidak kerana si penyata turut promosikan barangan pakaian wanita yang dijualnya.
Tedi agak kagum juga dengan para abang kakak peniaga di sini yang ramai juga muda belia dan ada yang pakaiannya ala-ala duda terlajak laris. Nampaknya mereka mula yakin bahawa promosi itu penting walau di mana mereka berniaga, dan kena ada keyakinan diri yang sangat tinggi, serta kena buang sifat malu kerana apa yang mereka lakukan bukannya satu dosa.
Mungkin mereka ini akan jadi jutawan Malaysia suatu hari nanti?
Kebanyakan produk yang dijual di kompleks Bazar Kemboja adalah pakaian wanita, tapi ada juga dijual baju Melayu dan juga jubah untuk lelaki... adalah sebuah dua kedai yang Tedi perasan menjual produk berkenaan.
Produk yang menarik perhatian adalah jubah yang rupanya seperti baju kurung, jadi baju kurung itu cuma disarung seperti sepasang jubah, dan pada masa sama boleh elakkan keseksian pada jubah zaman sekarang yang menampakkan bentuk bontot wanita.
Sengaja Tedi sebut bontot dan bukan punggung supaya kita kaum wanita beràsa segan sikit. Jubah kalau tak ikut syariat lebih baik tak dipakai.
Kedai di depan lebih mahal?
Tadi maksu Nie terkena apabila dia beli saru produk di kedai barisan depan, dan apabila sampai ke kedai di bahagian lebih belakang, ada produk yang sama dengan harga yang berbeza, lebih murah pula tu. Kenapa bayar lebih? Gunalah Trivago.
Kesimpulannya? Marathon dulu periksa dan bandingkan harga, dan kepada kaum bapa pula, cari tempat lepak awal-awal dan tak perlu ikut isteri masing-masing kerana tenaga anda amat diperlukan untuk pemanduan pulang nanti.
Kaum bapa boleh melepak di medan makan di sebelah kompleks Pasar Kemboja ini, dan jujurnya Tedi tak pernah singgah di medan makan itu.
Kedai di belakang lebih murah mungkin sebab ramai pelanggan telah ditapis di bahagian depan, jadi mereka kena tawarkan sesuatu untuk lebih kompetitif.
Panas? Mungkin ya.
Di kompleks Pasar Kemboja Parit Buntar ini tiada penghawa dingin cuma ada penyedut dan penghembus udara serta beberapa unit kipas.
Siapa suka complaint panas macamlah mereka itu bukan warga Malaysia boleh hindari kompleks ini.
Iklan kerja kosong di kompleks Pasar Kemboja Parit Buntar.
Sambil mencuci mata, Tedi sempat catatkan beberapa nombor telefon yang terdapat dalam iklan cari pekerja di sini.
Tedi akan cuba kekalkan ayat iklan mereka sebaik mungkin seperti:
Kerja kosong 0111-9999985 (nombor macam pelik, tapi itulah nombornya)
013-5034131 (wanita sahaja)
013-2062026 Kak Mira
019-4600389 jawatan kosong wanita
Sesiapa yang mencari kerja kosong area Parit Buntar bolehlah cuba apply.
Sewa murah di Bazar Kemboja Parit Buntar.
Sementara itu untuk para peniaga atau yang berminat untuk berniaga di Bazar Kemboja Parit Buntar ini bolehlah hubungi 011-1060 9171 untuk maklumat lanjut berkenaan penyewaan tapak di sini.
Sedang Tedi leka menaip kiriman ini tiba-tiba Master disapa segerombolan manusia. Eh, tiba-tiba sahaja sanak-saudara Mommy berkumpul di sini. Macam dah pakat pulak masing-masing.
Telefon Tedi dah bengong, semua font bold. Buka komputer ribalah baru edit semula.
Okaylah... Tedi nak cari minuman dan berehat dahulu... mata mula mengantuk...
12:52, tak jadi minum sebab Mommy kata dah nak balik. Tunggulah dulu.
29 Mei 2016, 20160529
gambar gudang pasar kemboja parit buntar
4 Ulasan
Salam..Ulasan yang agak menarik..Minta laluan untuk buat promosi homestay saya.
BalasPadamDisini saya ingin mempromosikan Raisha Homestay.
Terletak di Pekan Baru Parit Buntar. Berdekatan Pusat Bandar dan pasar kemboja.
Sila hubungi segera untuk tempahan Raisha Homestay : 011-1117 1292 (Yati)
Wa'alaikumussalam. Diizinkan, jika mahu iklan satu page dan sticky post, boleh email di tedi.interpretzz@gmail.com
Padambukak pukul berapa ya
BalasPadamerm tak pasti, nak kena check travelog sebab rasanya mula-mula kami sampai belum buka lagi. Nak selamat pergi selepas jam 10 pagi.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.