“Balik naik apa bro?”

“Drive”

“Tak jam ke?”

“Jam, tapi nak buat macam mana… hadap sajalah.”

“Naik motosikal la bro”

“Tak beranilah, asyik dengar penunggang motosikal kemalangan.”

Itulah dialog di antara Master dan rakan sepejabatnya petang tadi, semasa dalam lif turun ke tempat letak kereta.

gambar kemalangan motosikal naik atas kereta. LPT1.

Pagi tadi pun Master saksikan seorang penunggang motosikal sedang menggelupur di atas jalanraya susur keluar MEX ke Putrajaya, di seberang jalan yang kami sedang lalui ketika itu.

Ironinya, penunggang motosikal itu sekali lagi adalah kawan kepada suami kawan Mommy.

Sebelum ini pun kawan kepada suami kawan Mommy yang sama juga terlibat dalam kemalangan apabila motosikal ditunggangnya merempuh bangkai kereta terbakar di MEX, pada hari yang sama seorang lagi kawan Mommy kehilangan suaminya yang dia saksikan sendiri suaminya sedang menggelupur setelah kecelakaan motosikal.

Master yang melihat orang lain menggelupur kesakitan pun rasa macam sedih, “kasihannya”, apabila melihat keadaan itu, kawan Mommy yang kehilangan suaminya itu entah bagaimanalah pula perasaannya.

Kepada para penunggang motosikal, berhati-hatilah dan berdoalah banyak-banyak semasa menunggang motosikal kerana kalian “bagaikan mentimun, apabila bertemu dengan durian, digolek luka, menggolek pun luka”.


20160511