Pizza Hut telah mencipta rekod 'Penghantaran pizza  atas darat pada altitud paling tinggi' dalam Guinness World Record apabila berjaya menghantar pizza pada ketinggian 19341 kaki (5895.1368 meter) di puncak Gunung Kilimanjaro di Tanzania.

Pizza Hut cipta rekod hantar pizza ke Gunung Kilimanjaro
Pizza Hut cipta rekod hantar pizza ke Gunung Kilimanjaro

Pengurus Besar dan para pekerja Pizza Hut Afrika, ditemani oleh beberapa penunjuk arah berpengalaman, mendaki gunung tersebut dengan menggunakan beg sandang belakang istimewa untuk membawa pizza tersebut.

Beg sandang istimewa Pizza Hut untuk hantar pizza ke Gunung Kilimanjaro
Gambar beg sandang istimewa Pizza Hut untuk hantar pizza ke Gunung Kilimanjaro

Pizza itu mengambil masa 4 hari untuk dihantar. Satu berita yang agak menyesakkan dada bagi mereka yang sedang kelaparan atau mengidam nak makan pizza.

Agak-agaknyalah kan, berapa upah perlu dibayar kepada penghantar pizza tersebut? dan bagaimanakah kita mahu membuat pesanan?

Apa yang penting, mereka yang mendaki Gunung Kilimanjaro kini sudah boleh menikmati pizza sambil menikmati pemandangan di sana... aha...

 


Gunung Kilimanjaro

Gunung Kilimanjaro atau hanya dpanggil Kilimanjaro, dengan tiga kon gunung berapinya, Kibo, Mawenzi, dan Shira, adalah gunung berapi yang tidak aktif di Tanzania. Ia adalah gunung tertinggi di Afrika dan gunung tunggal tertinggi di dunia, dengan kemuncaknya 5,895 meter di atas paras laut dan kira-kira 4,900 meter tinggi dari pangkal plateau.

Plateau adalah kawasan tanah rata bagi suatu tanah tinggi. Dipanggil juga high plain atau tableland. Dalam Bahasa Malaysia dipanggil dataran atau tanah rata.

Kilimanjaro juga merupakan puncak keempat paling menonjol di Bumi. Orang pertama yang diketahui telah sampai ke puncak gunung itu ialah Hans Meyer dan Ludwig Purtscheller, pada tahun 1889. Gunung ini adalah sebahagian daripada Taman Negara Kilimanjaro dan merupakan destinasi pendakian utama.

 

20160513