18:30, Kota Bharu.

Baru mendarat di Lapangan Terbang Ismail Petra, Pengkalan Chepa setelah tidur dalam penerbangan berdurasi 50 minit.

Tadi terkocoh-kocoh berlari kejar cari pintu balai berlepas. Penerbangan jam 5:30 petang, dan jam 4:30 baru tiba di KLIA2. Jam 5:10 petang pintu balai berlepas akan tutup jadi kami memang kena berlari.

Check in pun lewat tadi, dapat pula hot seat. Tapi hot seat tu cuma dapat duduk depan saja pun, seat sama ja macam biasa.

Sudahlah jauh berjalan ke balai berlepas tu. Berpeluh jugalah dibuatnya.

Flight jam 5:30 petang, kami bergerak jam 3 lebih, tiba di ERL Salak Tinggi jam 4:00 petang. Tren seterusnya hanya akan tiba dalam 22 minit. Sampai di KLIA2 dalam jam 4:30 dan terus berlari kejar kapal terbang.

Benarlah kalau nak naik kapal terbang di KLIA2 ni kena 2 jam sebelum kapal terbang berlepas, bukan seperti naik bas, turun kereta boleh terus naik bas.

Naik kapal terbang di KLIA2 mula-mula kena check in, lepas tu lalui pemeriksaan imigresen, lepas tu berlari ke balai berlepas, barulah boleh naik kapal terbang.

Lain kali sila datang awal ya... huhu..

Gambar orang ramai di pintu Balai Ketibaan Lapangan Terbang Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan


20160521