12:40

Akhirnya sampai gak di Taman Rasa Ria,  Sungai Bakap.

Sepupu Mommy langsungkan kenduri kahwin di sini. Kami bergerak dari rumah Mak Long di Sungai Besar dalam jam 8:30 pagi di mana sebelum itu Master alami tragedi seperti yang dikisahkan dalam kiriman bertajuk Iron Baju Susah Nak Iron ketika bersiap.

Tadi memula lalu jalan ke Setiawan, kemudian masuk A180, keluar di Gopeng, masuk PLUS.

Ada kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tadi,  tapi menghala ke Selatan (Johor),  rasanya ada penunggang motosikal meninggal dunia dalam kemalangan. Tedi berfikiran sedemikian sebab pernah seorang pemandu teksi menyatakan jika bukan ambulans yang jemput, tapi jeep polis yang berada di kawasan kemalangan, itu bermakna ada kematian.

Gambar dari bahagian tepi rumah inap desa (homestay) yang disewa di Taman Rasa Ria di Sungai Bakap.

Jadual kami selepas kenduri itu diisi dengan beberapa aktiviti termasuklah jalan-jalan cari makan Di Sungai Dua Char Koay Teow.

20160528