Alhamdulillah, kami selamat tiba setelah Master bergelut dengan dua kali bayangan semasa memandu.
Tok Mak, Tok Ayah, dan Pak Su Jim meneruskan perjalanan mereka ke Batang Benar pula.
Lain kalilah cerita pasal bayangan tu. Perkongsian mengenai bayangan tersebut dikongsikan dalam kirirman "[T16E21] Bayangan Ketika Memandu".
Kereta Subaru XV STI mengeluarkan bunyi besi kepanasan, kalau kekawan pernah dengar bunyi besi kepanasan tu tentu tahu bahawa ia seperti bunyi tin Milo apabila dibakar api.
Ini pertama kali Tedi dengar mungkin sebab ini kali pertama XV STI tu travel habis-habisan dalam sehari.
Semalam ia bergerak dari Sepang ke Ipoh. Pagi tadi ia ke Nibong Tebal sebelum ke Bukit Mertajam dan pulang semula ke Sepang. Dalam perjalanan ke Sepang kami singgah di RNR Tapah di mana Tedi rakamkan dalam kiriman Beriklan dengan netqlix.
Rasakanlah penangan ujian panduan Master dan Mommy.. hehe.
Okayla, Tedi nak tidur, esok nak sekolah.
20160520
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.