بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Jam menunjukkan 8:20 malam.

Kami dalam perjalanan ke Sungai Besar, terus gerak dari pejabat Master dan Mummy di Kampung Kerinchi dan Bangsar selepas mereka habis kerja. Kami singgah sebentar di TESCO Kuala Selangor kerana Mommy nak beli kain dalam.

Boleh pula beliau terlupa bawa kain dalam... huhu...

Selain itu kami singgah solat dan Master mungkin juga mahu minum Nescafe dulu untuk alas perut. Nak makan, Mak Long Ili dah masak katanya, takkan tak makan pula di rumahnya nanti?

Kawan-kawan Tedi pada masa ini sudah berada di The Challenger Sport Centre untuk latihan badminton pada malam ini.

Tedi ponteng lagi latihan badminton malam ni.

Liputan Celcom di sini agak terhad dan sangat perlahan. Selalunya liputan Celcom ini hilang begitu sahaja.

Celcom perlu improve perkhidmatan mereka di Kuala Selangor untuk memuaskan hati pelanggan.

Tedi nak publish kiriman ni pun susah.

Merayau di TESCO Kuala Selangor ni tiada niat untuk membeli-belah. Tedi perhatikan di sini terdapat perkhidmatan ATM CIMB Bank, restoran makanan segera KFC dan ada juga kedai Bazaar Rakyat yang banyak jual pakaian untuk wanita.

Restoran nasi kandar asli Hameed pun ada, terletak di hadapan kedai minuman Cool Blog yang menjadi kegilaan Mommy.

Macam ramai kakak-kakak dan abang-abang baru balik dari sekolah. Murid lelaki kebanyakannya pakai baju ragbi, mungkin mereka ada latihan, tapi tak tahulah di mana?

Mata Tedi semakin kuyu... 😴

Gambar suasana dalam TESCO Kuala Selangor. # Friday, 27 May 2016, 20:29 # 20160527 # 1464352177846.jpg # Kamera telefon pintar HUAWEI H30-U10 # No. 2 Jalan Tiara, 1, Jalan Medan Niaga 2, 45000 Kuala Selangor, Selangor # https://goo.gl/maps/43nLgzbbF4C5wCEJ6 #

~20160527~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih