Ramai tanya perihal SmartTAG yang terbaru ni.
"Bateri cepat sangat habis";
Jawab CSA sila gunakan bateri 9 volt yang lebih berkualiti dan tahan lama.
"SmartTAG ni saya baru dapat, tadi cuba guna dia tak boleh detect."
Sila pastikan bahagian hitam SmartTAG menghadap ke luar cermin depan, dan bahagian yang ada kad menghadap pemandu.
Pastikan SmartTAG tidak dipegang dengan tangan. Seeloknya ditampal di bahaian atas cermin hadapan.
"Benarkah SmartTAG baru ni tak tahan jatuh?"
Ikut pengalaman Tedi, benar. Sebab SmartTAG yang sebelumnya dah tercampak banyak kali tapi okay. SmartTAG baru yang kami miliki baru jatuh sopan sekali dah jahanam bahagian display baki kad, separuh nampak separuh tidak.
Kenapalah SmartTAG baru ni macam cikai sangat?
Itu bab business, mungkin vendor SmartTAG baru ni sibuk cari pembekal yang lebih murah?
Atau mungkin pembekal itu sendiri cuba gunakan teknologi yang tidak terbukti?
Apa-apa pun dalan dunia kejuruteraan patutnya kualiti diutamakan.
20 Mei 2016
2 Ulasan
baru ingat nak beli baru. huhu
BalasPadamkami redeem point Maybank card di OneUtama. Pakai sampai sekarang okay je lagi.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.