Bersusah-payah Tedi publish satu kiriman di AEON Kota Bharu ni tapi masih tak lepas-lepas.

Mungkin kerana kiriman tersebut kandungi banyak foto.

Gambar AEON Mall Kota Bharu yang terletak di Lembah Sireh dari jauh
Gambar AEON Mall Kota Bharu yang terletak di Lembah Sireh dari jauh. # Sunday, 22 May 2016, 12:56 # 20160522 # DSC_3836 # Sony D2533 #

Ialah lain padang lain belalang, walaupun AEON Mall ini tetap AEON Mall tapi keberadaannya di dalam negeri Kelantan ini sedikit sebanyak memerlukan adaptasi untuk kekal relevan dengan budaya tempatan.

Hal ini menyebabkan Tedi berasa sedikit segar menyaksikan suasana sambil menangkap sebarang gambar yang Tedi rasakan agak unik

Contohnya pada beberapa gambar ini.

Patung Model Peragaan Pakaian Wanita Memakai Tudung

Tedi perhatikanlah patung-patung yang peraga baju atau pakaian wanita di AEON Mall ini kesemuanya dilengkapi tudung kepala. Walaupun baju yang diperagakan tu nampak tidak sesuai dengan kesucian tudung kepala tersebut.

hey let's go. Night thinking day dreaming. Couture. t-shirt lengan panjang kapas wanita - seluar jeans ketat melekap - tudung bercorak dan tudung polos - AEON Mall Kota Bharu
hey let's go. Night thinking day dreaming. Couture. t-shirt lengan panjang kapas wanita - seluar jeans ketat melekap - tudung bercorak dan tudung polos - AEON Mall Kota Bharu # Sunday, 22 May 2016, 13:27 # 20160522 # DSC_3837 # Sony D2533 #

Puas Tedi cuba terjemahkan label baju tersebut rupa-rupanya "couture" daripada Bahasa Perancis yang bermaksud "sewing" dalam Bahasa Inggeris atau "menjahit" dalam Bahasa Melayu. Dalam budaya fesyen "couture" merujuk kepada pakaian yang direka dan dijahit mengikut padanan khusus untuk seseorang.

Tapi baju dalam gambar ni kan sudah siap? Macam mana boleh khusus untuk orang tertentu?

 

Papan Tanda Kedai Bertulisan Jawi

Kelantan memang terkenal dengan pemerkasaan tulisan jawi di mana kita dapat lihat pada papan tanda di dalam negeri Kelantan ini ada tulisan jawi. Agak menggembirakan apabila melihat kedai-kedai di dalam AEON Mall Kota Bharu ni turut menggunakan tulisan jawi.

Tedi rasalah kan, mesti ada pelancong tangkap gambar tulisan jawi ini punya, macam kita sibuk nak tangkap gambar papan tanda Korea atau Jepun kerana berasakan ia unik, walaupun kita tak faham apa yang ditulis.

Papan tanda bertulisan jawi tertera Kedai Peralatan Sukan di AEON Mall Kota Bharu. Ini adalah cawangan al-Ikhsan. # Sunday, 22 May 2016, 13:28 # 20160522 # DSC_3838 # Kamera telefon pintar Sony D2533 #

 

Rungutan Mengenai Line Celcom

Padahal Tedi dah duduk berhampiran MR DIY yang paling kuat line Celcom di sini.

Celcom Kelantan kena berbuat sesuatu untuk mengatasi masalah kesesakan trafik Celcom di sini, atau Celcom akan alami nasib sama seperti Maxis yang ditinggalkan beramai-ramai oleh pelanggannya.

Iklan je Usain Bolt tak guna juga beb..

Gambar pintu masuk ke Mr D.I.Y di AEON Mall Kota Bharu. perkataan dalam gambar: MR D.I.Y, cashier

Sinopsis:

Karangan ini adalah mengenai komen pengguna mengenai tahap kelajuan internet Celcom First Basic 38 daripada Celcom di AEON Mall Kota Bharu di Kelantan.


20160522