Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah, petang tadi selesai juga proses pemasangan sistem terbaru PBO yang diusahakan Master selama ini. Proses yang dimulakan petang semalam itu pada awalnya lancar kemudian tersekat kerana ada masalah keserasian di antara Windows service dan sistem pelayan. Hanya pagi tadi Master menemui kunci kepada permasalahan tersebut.

Terima kasih kepada bro Nizam, Naqi, dan terutamanya Ilham yang telah membantu memasang sistem tersebut. Tinggal bahagian pengesahan di bahagian pangkalan data perlu diperhatikan.

Mungkin pagi nanti Master perlu mencadangkan aliran kerja yang baru untuk menggunakan sistem terbaru itu.

Kemasukan data daripada sistem POS di luar nampak bagus, cuma ada beberapa kelompongan yang perlu diperhatikan, mungkin disebabkan oleh enjin servis yang lama atau mungkin juga kerana POS itu tidak beroperasi lagi.

Master kembali berbelah-bahagi sama ada untuk kekal dengan enjin SFTP yang digunakan sekarang atau menggunakan Web API.
Kalau ikut pengalaman adalah bagus untuk kekal dengan enjin sedia ada kerana ia lebih matang berbanding penggunaan enjin baru.

Master juga mungkin perlu hasilkan satu peralatan untuk mendapatkan semua versi enjin yang ada pada POS di luar.

Apa-apa pun diharapkan pelancaran sistem baru ini banyak faedahnya kepada para pengguna di tingkat atas.

Erm... tidur dulu.. semoga bermimpi yang indah-indah.

20160526