26-Jun-2016 17:43

Tengah beratur nak beli pau cendawan di Bazaar Ramadhan Putrajaya.

Punyalah ramai manusia beratur nak beli pau cendawan ni, Tedi tak tahulah berapa ratus meter kami kena beratur.

Ini sebab Mommy nak rasa pau cendawan yang heboh di media sosial tu. Kalau ikutkan Tedi, sesedap mana pun kalau kena beratur macam ni,  rela Tedi tak rasa. Tak rugi pun tak rasa sebab kita takkan pernah tau rasanya,  jadi tidaklah rasa rugi sangat.

Baru sahaja tokay pau cendawan tu darang,  dia kira ada berapa orang tengah beratur dalam barisan yang macam ular keba palu ni. Dia kata terhad 3 biji pau untuk sekeluarga, dan Tedi termasuk dalam mereka yang boleh dapat pau cendawan tu untuk petang ni.

Nak cerita panjangnya barisan ni,  ia melangkau 3 deretan gerai.  Tak boleh nak ceritalah,  kalau rakam video baru nampak kot.

Harga Pau Cendawan Putrajaya

Tak tahulah berapa harga pau cendawan 3 biji tu,  tapi kalau setakat untuk benda yang boleh ditelan tak sampai 5 minit mungkin tak berbaloilah beratur panjang-panjang dan lama-lama macam ni.

Master yang tengah beratur sekarang dan Mommy pula entah hilang entah ke mana.  Sempat lagi ni kalau nak ronda habis bazaar ni sementara tunggu sampai ke depan gerai Pau Cendawan tersebut,  jadi amat penting untuk anda membawa teman yang sudi menjadi pak pacak dalam barisan yang panjang ni.

Gambar orang ramai beratur panjang di Bazar Ramadhan Putrajaya untuk membeli Pau Cendawan yang kini riuh di media sosial

Berapa Kandungan Kalori dalam Pau Cendawan?

Pau Cendawan hanya mengandungi di antara 85 hingga 180 kalori, sesuai untuk mereka yang mahu menguruskan badan... ngeh ngeh...


20160626