بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
20:48
Okay.. selepas kenyang membedal Yee Mee Kari Bebola Ikan Tak Nak Tauge tadi, kami tunaikan solat Maghrib.
Kemudian kami terus menuju ke tingkat satu Mydin USJ untuk cari baju Melayu buat Master.
Tedi berkenan dengan Baju Melayu Dewasa Mikhail yang berharga RM80 sepasang atau RM 40 jika beli baju sahaja. Tedi sukakan ia kerana kainnya keras macam jeans, ada butang yang dijahit terus sebab ianya baju Melayu Teluk Belanga.
Tapi akhirnya Master pilih baju Melayu yang lain berwarna pink untuk disesuaikan dengan warna baju Mommy. Harganya sepasang MYR 50 sahaja.
Kali ini Master yang terus pergi pilih sendiri, tak perlu Mommy dan Tedi carikan sebabnya Master nak cepat siap-siap habis shopping... 😂
Tapi nampaknya Mommy sangkut di bahagian lain pula.
New arrival Baju Melayu Dewasa MIKHAIL saiz S - XXL dengan harga RM 79.90 sepasang.
Baju Melayu Dewasa dengan harga RM 49.90 hingga RM 69.90 sepasang.
# Tuesday, 21 June 2016, 20:35 # 20160621 # HUAWEI H30-U10 # Mydin Subang Jaya Hypermarket #
~20160621~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.