Lirik nasyid "Kaca Yang Berdebu"
Ia ibarat kaca yang berdebu
Jangan terlalu keras membersihkannya
Nanti ia mudah retak dan pecah
Ia ibarat kaca yang berdebu
Jangan terlalu lembut membersihkannya
Nanti ia mudah keruh dan ternoda
Ia bagai permata keindahan
Sentuhlah hatinya dengan kelembutan
Ia sehalus sutera di awan
Jagalah hatinya dengan kesabaran
Lemah-lembutlah kepadanya
Namun jangan terlalu memanjakannya
Tegurlah bila ia tersalah
Namun janganlah lukai hatinya
Bersabarlah bila menghadapinya
Terimalah ia dengan keikhlasan
Karena ia kaca yang berdebu
Semoga kau temukan dirinya
Bercahayakan iman
Album : Bahasa Jiwa
Munsyid : Maidany
Tonton di YouTube: Kaca Yang Berdebu Maidany with Lirik Nasyid
Komentar tentang nasyid "Kaca Yang Berdebu"
Nasyid ini boleh dikatakan mengenai anak atau seorang wanita, kerana mendidik seorang anak/wanita itu perlu dengan teknik dan taktik yang betul.
Rasanya lagu ini khusus buat anak namun kaum wanita yang mendengarnya berasa tersanjung dan berasa lagu ini ditujukan khas buat mereka. Tedi pun tak pasti lagu ini ditujukan kepada pihak yang mana, namun ia sesuai dengan kedua-duanya. Mungkin sahaja lagu ini dicipta untuk mempunyai dua makna atau double meaning, satu hal yang tidak berapa bagus buat sesebuah nasyid kerana bagi Tedi nasyid seharusnya jelas maknanya, tidak terlalu kabur dalam puisi.
Tapi ada juga pendapat yang menyatakan lagu ini boleh ditujukan kepada 3 pihak iaitu
- Ibu bapa mendidik anak
- Suami mendidik isteri
- Guru mendidik anak murid
Tapi jelasnya tampak tetap ada dua watak di sana iaitu wanita (isteri) dan anak.
Ini adalah kali pertama Tedi mendengar nyanyian kumpulan Maidany dan ternyata bahasa yang mereka gunakan hampir sangat dengan bahasa Malaysia.
Tentang munsyid Maidany
Ditubuhkan sejak 8 Ogos 1995 dengan visi dakwah melalui seni, Maidany merupakan kumpulan nasyid yang didukung oleh pemuda muslim kampus kota Medan yang memberikan nuansa baru muzik ketika itu.
Ia membawakan nuansa Melayu, acapella, pop, dan tidak jarang membawakan senandungnya dengan warna mars dengan beat beat keras, sementara pada saat yang sama itu masyarakat kota Medan umumnya memahami nasyid sebagai senandung yang berirama padang pasir, orkes gambus, marhaban dan selawat. Maidany menjadi inspirasi lahirnya kumpulan nasyid moden khususnya di Sumatera Utara. (sumber : Maidany Nasheed Group)
20160629
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.