بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


gambar logo CTU

Sebelum tidur rasa nak conteng sikit dalam interpretZZ ni.. hehe..

Pagi tadi duk godek-godek PosBO untuk keluarkan data pengguna yang berada di luar sana. Alhamdulillah sukses.

Kemudian sibuk kacau Mr R untuk dapatkan status KeMaS CTU, minta database daripada beliau, kesian beliau asyik terganggu dek pertanyaan demi pertanyaan, sedangkan beliau masih bergelut nak siapkan KeMaS RFID.

KeMaS CTU tu pun sebenarnya setelah Tedi periksa statusnya masih ada yang belum siap iaitu bahagian laporan. Tedi tanya dia sama ada dia dah bersedia biarkan Tedi ambil alih sistemnya itu, dan dia kata dia gembira berbuat demikian. Kalau Tedi lah kan, macam payah je Tedi nak bagi orang sambung bangunkan sistem yang Tedi mulakan. Sebab tu lah Tedi susah nak tukar sekolah... huhu.

Transisi ini macam bertukar sekolah juga kepada diri Tedi kerana ia bagi Tedi peluang untuk mengekod semula. Tedi bukan beruang yang suka menghadap dokumen... bosan... Tedi bosan...

Tadi tak sempat install pangkalan data versi 2014... uish... banyaknya versi pangkalan data yang Tedi terpaksa gunakan....

Minggu depan sahajalah Tedi bereskan kerana Tedi ada komitmen lain.

Alangkah indahnya kalau Tedi dapat tulis kod di mana sahaja... on the go.. seperti Tedi menconteng dalam interpretZZ sekarang.

Selamat malam.. adios.. amigos...


~20160618~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih