Melalui satu kajian terbaru, sejenis rodent Australia yang hanya boleh dijumpai di Terumbu Karang Great Barrier kini pupus angkara perubahan iklim yang dihasilkan manusia.

Spesies yang dikenali sebagai Bramble Cay melomys itu mula ditemui pada 1845 dan telah lama tidak kelihatan sejak 2009.

Ia adalah haiwan seperti seekor tikus kecil dan ditemui pada 1845 oleh orang Eropah yang ketika itu menjadikan aktiviti menembak haiwan Melomy rubicola itu sebagai satu bentuk sukan.

Gambar Bramble Cay melomys pupus angkara peningkatan suhu iklim dunia yang berpunca daripada kegiatan manusia
Bramble Cay melomys pupus angkara peningkatan suhu iklim dunia yang berpunca daripada kegiatan manusia

Kali terakhir ia dilihat adalah pada 2009 oleh seorang nelayan profesional.

Seorang penyelidik menyatakan bahawa punca utama kepupusan itu berlaku adalah disebabkan oleh fenomena ombak tinggi dan peningkatan paras air laut seperti yang dilaporkan kajian oleh kerajaan negeri Queensland dan University of Queensland tersebut.

Usaha menjejaki haiwan tersebut adalah melalui pelbagai kaedah seperti memasang perangkap, penggunaan kamera dan pencarian yang ternyata tidak membuahkan hasil.

Spesies itu bagaimanapun diharapkan dapat ditemui di Papua New Guinea yang terletak di kawasan berjiranan.

20160617