Buat pertama kalinya dalam berdekad-dekad, pengeluar kereta mewah tidak menduduki tempat pertama dalam senarai J.D. Power Initial Quality Study yang dikeluarkan setiap tahun.

gambar logo pengeluar kereta di dunia. Car makers logos.

Jenama yang menduduki di tempat pertama kali ini adalah pengeluar kereta Korea iaitu KIA.

Autoblog melaporkan penemuan dalam kajian bagi tahun 2016 tersebut.

Pentarafan tahunan ini adalah berbeza dengan senarai J.D. Power yang mengukur kebolehbergantungan jangka masa panjang, tetapi sebaliknya melalui masalah yang dihadapi oleh pemilik kereta baru dalam masa 90 hari.

Kia menduduki tempat pertama dalam senarai tersebut buat pertama kali dalam sejarah, diikuti oleh Porsche, dan Hyundai di tempat ketiga. Toyota menduduki tempat keempat, manakala BMW di tempat kelima.

Tempat terakhir diduduki oleh Smart, diikuti FIAT yang baru kembali ke pasaran Amerika 5 tahun lalu, diikuti Volvo di tempat ketiga akhir.

Land Rover berada di tempat keempat terakhir dan tempat kelima akhir dikongsi oleh Mazda, Mini, dan Jaguar.

Ini adalah satu tamparan hebat buat diri Master yang memandang lekeh kereta buatan Korea dan memandang hebat kereta buatan Jepun, huhuhu.

Tapi boleh jadi juga laporan ini tidak tepat sebab mungkin ada pemilik yang bangga dengan kereta dia? Atau sebab sesuatu jenama kereta itu tidak dibeli oleh ramai orang maka peratusannya lebih tinggi? Atau mungkin juga pemilik kereta mewah adalah lebih cerewet sebab dia rasa diri dia hebat maka dia kutuk kereta miliknya?

Apa-apa pun, mungkin senarai ini boleh dijadikan panduan membeli kereta baru.

20160629