Perang Dunia Ke-2 mengambil masa 6 tahun untuk ditamatkan. Tempoh perang yang panjang itu menyebabkan pihak Tentera Bersekutu dan Tentera Axis masing-masing menghasilkan idea yang ganas untuk kereta kebal mereka, tidak kurang juga di antaranya idea yang teruk.

Kereta Kebal King Tiger/Tiger II

Kereta Kebal King Tiger atau Tiger II adalah kereta kebal Jerman

Kereta kebal ini adalah satu percubaan pihak Jerman untuk menghasilkan kereta kebal yang paling kebal pada Perang Dunia Ke-2, namun sebaliknya ia tidak boleh diharapkan kerana punyai banyak masalah.

Rekaannya sangat teruk, menggunakan terlalu banyak bahagian yang sepatutnya boleh diringkaskan dan ia merana disebabkan ketidakberkesanan beberapa bahagian seperti enjin yang kurang berkuasa.

Tiger II selalu alami kebocoran minyak, patah drive shaft disebabkan perisainya yang berat, dan tidak mampu bergerak jika salah satu roda rerantai besinya berhenti kerana rekabentuk saling terkunci di antara roda-roda.

Apabila kereta kebal Tiger II mula beroperasi pada tahun 1944, anggota German Panzer yang kurang berpengalaman dihantar menggunakannya tanpa mereka sendiri tahu bagaimana untuk menggunakan kereta kebal tersebut.

Doktrin Jerman berubah dan banyak kereta kebal Tiger II hanya dijadikan sebagai bunker setempat berbanding perisai bergerak, menyebabkan kereta kebal Tiger II mudah dimusnahkan oleh pesawat-pesawat Tentera Bersekutu.

Apa yang boleh dibanggakan oleh kereta kebal Tiger II adalah tiadanya rekod ia dimusnahkan oleh kenderaan tempur yang lain, sebaliknya ia selalunya ditinggalkan disebabkan kekurangan bekalan atau dimusnahkan oleh pesawat-pesawat Tentera Bersekutu.

Kereta Kebal Tančík vzor 1933

Kereta Kebal Tančík vzor 1933

Tidak ramai pernah ketahui kewujudan kereta kebal yang pernah berkhidmat untuk satu tempoh masa yang lama dalam Czechoslovakian Army untuk tempoh pendek kewujudannya.

Tančík mungkin adalah satu contoh yang terbaik untuk sebuah kereta kebal yang sepatutnya tidak dihasilkan langsung.

Ia hanya mempunyai satu senjata iaitu satu machine gun!

Pada mulanya ia diharapkan dapat memberikan sokongan kepada pasukan tentera darat ketika pertempuran, namun ia tidak dapat memenuhinya.

Pemerintah Czech Army tidak dapat menentukan apakah peranan yang sesuai untuk kereta kebal ini.

Ia tidak dapat bertahan lebih dari 5 minit di barisan depan kerana perisainya terlalu nipis, ia mempunyai sudut tembakan yang sempit dan bergantung kepada arah kereta kebal tersebut, dan dua orang anggotanya tidak dapat berkomunikasi disebabkan gangguan bunyi enjin yang betul-betul terletak di belakang mereka.

Walaupun banyak kekurang, ia tetap digunakan untuk satu tempoh yang agak lama, dan digunakan untuk menghalang Kebangkitan Slovak di mana semua operatornya melaporkan kualiti rendah Tančík dan masalah kebolehbergantungan.

Kereta Kebal Type 95 Ha-Go

Gambar Kereta Kebal Type 95 Ha-Go milik Negara Jepun

Jepun bukanlah sebuah Negara yang gilakan kereta kebal, tapi telah memilih untuk menggunakan kereta kebal sebagai sokongan kepada pasukan tentera darat mereka kerana medan perang di Pasifik dan Asia tidak sesuai untuk peperangan kereta kebal. Selain itu musuh mereka seperti China tidak memiliki kereta kebal.

Semasa Perang Dunia Ke-2, mereka hasilkan lebih 2900 buah kereta kebal Type 95 Ha-Go yang menjadi kereta kebal utama untuk Tentera Imperial Jepun.

Kereta kebal ini memang teruk rekaannya kerana perisainya sangat nipis (6 ke 16 mm atau 0.24-0.63 inci), mempunyai enjin tidak berkuasa, juga meriam 37mm yang tidak tepat, dan juga masalah kebolehbergantungan pada enjin dan juga pacuannya.

Walaupun pada awalnya ia berkesan dalam Perang Sino-Jepun Kedua, ia hanya kerana China tidak mempunyai tentera berperisai dan juga peralatan anti kereta kebal, tetapi apabila Jepun mula berperang dengan Amerika Syarikat barulah buku bertemu dengan ruas.

Komander Amerika dengan cepat mengetahui bahawa kereta kebal Ha-Go tidak mampu memusnahkan kereta kebal M4 Sherman dalam pertempuran berhadapan.

Kereta kebal Ha-Go sebenarnya ketinggalan zaman selama satu generasi semasa perang meletus tetapi Jepun terpaksa menggunakannya kerana mereka tiada pilihan lain.

Bagaimana pula dengan Malaysia?

Kita telah saksikan bahawa Negara-negara yang punyai kereta kebal nasional masing-masing pernah hadapi masalah dengan kereta kebal mereka, namun sekurang-kurangnya mereka berjaya hasilkan kereta kebal mereka sendiri.

Namun Malaysia masih harapkan pembelian kereta kebal daripada Negara luar. Ia mungkin tidak dapat dielakkan kerana masalah kekangan politik yang menunjukkan kita masih terjajah walaupun sudah merdeka.

Tapi sedangkan Singapura boleh hasilkan jentera perang mereka sendiri dan dieksport pula ke Israel, kenapa kita tidak boleh?

Sesuatu perlu dilakukan kerana dalam perang tentunya kita tidak boleh bergantung dengan senjata yang dibekalkan oleh Negara luar.


20160625