بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Semalam pakcik-pakcik di taman perumahan kami sibuk berbual mengenai sebuah kedai makan yang berhampiran.

Kedai makan itu menjadi tempat mereka selalu singgah minum pada malam hari.

Pada suatu masa dulu ia menjadi tempat persinggahan utama tapi kebelakangan ini ia dipulaukan dan mereka mula beralih ke kedai mamak yang berhampiran pula.

Sebab dipulaukan?  Harga yang dikenakan agak mahal sebagai contoh telur separuh masak sebiji adalah RM 1.50.

gambar Aznil Nawawi pertahankan Azwan Ali daripada kecaman peminat

Apa yang Tedi perasan adalah kedai itu tidak menyediakan menu dan harga makanan yang dijual. Ia menyebabkan para pelanggan tidak dapat bandingkan harga.

Tedi melihat adalah satu kerugian bagi kedai itu apabila mereka melaksanakan polisi sedemikian.  Masakan mereka bukannya tidak sedap,  tapi kalaulah pelanggan sampai lari ke kedai mamak,  itu maksudnya apa? Sedangkan harga di kedai mamak Tedi rasakan mahal.

Di kawasan kami ini ramai pelajar kolej dan universiti yang menyewa. Sepatutnya peniaga di kedai makan itu sedar bahawa mereka perlu tambat para pelajar ini menjadi pelanggan setia mereka.

harga Honda CB 200 juga dikatakan masih mahal sesuai dengan gaya klasik yang ada padanya

Tuan kedai makan itu telah ditegur beberapa kali oleh para penduduk taman,  tapi alasan gaji pekerja yang mahal diberikan. Masalahnya kalau tiada pelanggan di kedai, macam mana dia nak bayar gaji dan sewa?

Satu hal lagi yang menjadi masalah adalah apabila isteri tuan kedai memasak,  makanan tidak boleh nak dimakan.  Tedi pun kalau nampak isteri tuan kedai yang masak,  akan berdoa supaya masakannya boleh ditelan.

Kepada para pemilik kedai makan,  jika kedai bukan taraf restoran atau tidak terkenal sehingga satu Malaysia nak datang singgah,  tak payahlah letakkan harga mahal-mahal.

Lainlah kalau meniaga di gerai tapi satu Malaysia nak makan di kedai anda, bolehlah anda naikkan harga jika mahu.

Ini bukan marah... Nasihat...


~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih