Pagi tadi boleh pula terlajak tidur, terjaga hanya apabila bilal mengalunkan azan Subuh. Mujur juga dah minum banyak air malam semalam. Suasana agak sejuk sepanjang hari dek penangan penghawa dingin dan rintikan hujan di luar turut membantu mengurangkan dahaga.
Selepas mesyuarat berdiri, Mr R tunjukkan sistem KeMaS RaFID yang bakal diambil alih Tedi tidak lama lagi. Dapatlah faham sedikit apa yang beliau ajari, tapi tak tahulah semasa proses pengkodan nanti Tedi akan hadapi masalah.
Ejen Hilang Fail
Usai proses pengalihan ilmu, Tedi membantu seorang kawan menyiasat satu isu berkenaan ejen kami di Kempas 04P86 yang tidak menghantar sebarang khabar berita sejak 2 April 2016. Kami mendapati bahawa ejen kami kehilangan akses ke atas fail sistem, sesuatu yang memeningkan kepala kerana ejen-ejen lain tidak menghadapi masalah yang sama.
Ceramah Ebit Lew
Jam 13:00, pergi ke ceramah yang disampaikan oleh Ebit Lew yang memiliki Paramount Café yang kami pernah kunjungi di Bangi Sentral suatu masa dulu. Caramahnya agak kelakar dan santai diselit sedikit rasa sebak.
Kami balik lewat hari ini kerana kami masuk lewat kerana pada awalnya dijadualkan satu sesi makan berbuka puasa bersama kawan-kawan Master tapi ia ditangguhkan ke esok hari.
Kami sangkut dalam kesesakan lebuhraya di NPE. Betullah kata kawan Master, highway dibina untuk jam. Sejam kami di NPE sebelum tiba di Jenderam pada waktu Maghrib.
Mujurlah dalam kereta kami ada 4 keping biskut, dapatlah kami berbuka puasa dengan makanan.
Kami singgah di Masjid Jenderam Hilir untuk tunaikan solat sebelum ke Gerbang Selatan untuk buka puasa.
Sekarang cuba lelapkan mata tapi kaki berasa lenguh menyebabkan Tedi agak sukar untuk tidur.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.