Manchester United mungkin akan kehilangan rekod zaman bolasepak moden England yang mereka pegang selama 42 tahun.

Para penyokong muda Newcastle United mungkin tidak pernah tahu bahawa Manchester United pernah tersingkir daripada liga utama England iaitu pada 1970-an.

Pada musim 1973/74 dalam Divisyen Satu (sekarang Liga Perdana), Manchester United menduduki tangga 21 daripada 22 kelab dan tersingkir bersama Norwich (tangga terakhir) dan Southampton (tangga 20).

Newcastle United kalahkan Manchester United

Ketika itu perbezaan mata di antara Manchester United dan Birmingham yang berada di atas sempadan penyingkiran adalah 5 mata di mana pada masa itu hanya 2 mata diberikan untuk setiap kemenangan.

Pada musim 1973/74 tersebut, Newcastle United berada di tangga ke-15, ketika Leeds United menjuarai liga dengan perbezaan 5 mata di hadapan Liverpool. Derby county dan Ipswich pula mengisi 4 tempat teratas, ini bermakna 3 daripada 4 pasukan yang berada dalam kelompok yang kini digelar slot ‘Liga Juara-juara’ kini hanya bermain di dalam Liga Kejohanan, iaitu liga kedua di England.

Manchester United berjaya kembali ke Divisyen Satu pada musim berikutnya apabila menjuarai Divisyen Dua pada musim 1974/75. Aston Villa dan Norwich City mengiringi Manchester United manakala Sunderland agak tidak bernasib baik pada bulan Mei 1975 tersebut apabila hanya menduduki tempat ke-4.

Pada musim itu Old Trafford menyaksikan jumlah kehadiran penonton yang pelbagai dengan kehadiran tertinggi ialah 60,585 penonton yang menyaksikan mereka mengalahkan Sunderland 3-2, manakala hanya 21,616 penonton hadir menyaksikan mereka membelasah Charlton 5-1 dalam Piala Liga.

Walau bagaimanapun, purata kehadiran ke Old Trafford pada masa itu adalah agak menakjubkan iaitu 47,781 orang penonton bagi setiap perlawanan.

Rekod itu hampir dipecahkan oleh Newcastle United pada musim 2009/10 dengan kehadiran purata 43,384 orang penonton ketika Newcastle United dikemudi untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris oleh Chris Hughton.

Walaubagaimanapun rekod kehadiran purata yang dipegang oleh Manchester United itu adalah hanya untuk zaman bolasepak moden Inggeris, manakala Newcastle United nyata memegang rekod keseluruhan.

Pada musim 1947/48, Newcastle United mencatatkan rekod kehadiran purata seramai 56,299 orang penonton, 8518 orang lebih ramai berbanding rekod Manchester United pada musim 1974/75.

Musim ini rasanya Newcastle United boleh memecahkan rekod tersebut kecuali Mike Ashley sendiri melakukan apa-apa hal yang boleh merosakkannya. Mungkin saja Newcastle boleh mencatat kehadiran purata 50000 penonton.

Sebabnya kehadiran positif di kalangan penonton dengan kekalnya Rafa Benitez di SJP dan pada masa yang sama permintaannya (dalam urusan bola sepak) dijanjikan akan dipenuhi oleh Mike Ashley. Persekitaran positif ini telah lama pudar di Newcastle United, dan semangat api yang membara di kalangan penyokong ini diyakini akan membantu Newcastle untuk lebih gemilang.

Kami para penyokong Newcastle United kini bermimpi bermain di Eropah!

20160601