Perkongsian yang baik daripada group Whatsapp Master. Siapa yang menulis kiriman ini tidaklah Tedi ketahui kerana tidak dinyatakan daripada mana sumbernya.

Detox Ramadhan 5

Esok kita mula berpuasa. Ini fasa pertama puasa.  Malam ini kita solat terawih dan awal pagi esok kita bersahur. Apa yang nak dimakan untuk sahur nanti ?  Ada yang sudah beli bekalan mee segera . Ada yang sudah beli cereal dalam paket .  Ada yang beli telur lebih sedikit untuk goreng semasa sahur .  Ada juga bersiap sedia nak masak  nasi dengan lauk pauk untuk suami tercinta yang takut akan lapar semasa berpuasa jadi akan makan sebanyak yang boleh dengan makanan sama seperti makan tengahari . 

Apa yang baik ye? Amalan saya untuk sahur adalah memakan yang ringan dan senang hazam. Kadang kala hanya beberapa biji korma dan minuman susu kambing atau campuran chia seeds baobab,  dan al manna campur  madu. Lagi banyak makan, lagi cepat lapar. Kalau nak makan buah, makan buah sebelum makan nasi  ( kalau nak makan nasi ), Jangan makan hingga kenyang .

Selepas maghrib hari ini, mulalah minum air dengan kadar yang lebih dari biasa . Airnya jangan air yang ada gula , air bertapis dan alkaline adalah yang paling baik. Bagi yang ada kemungkinan dapat gout atau yang senang dapat kencing tak lawas, beli Ural dan amalkan satu paket pagi petang semasa berpuasa. Pastikan banyak minum air selepas Maghrib sehingga tidur .  

Bagi yang biasa amalkan oats untuk sarapan, makanlah organic rolled oats dengan susu kambing. Susu lembu ramai yang alah sebenarnya . 

Kalau yang mengandung dan menyusukan anak pastikan ada cukup magnesium, cslcium dan protin . Boleh ambil telur rebus atau separuh masak semasa sahur, jangan digoreng sebab goreng akan rosakkan telur kuning dan menyebabkan telur kuning jadi transfat yang bahaya .

Jangan makan makanan yang ada MSG ( kebanyakan  makanan segera). Ini adalah racun yang merosakkan kesan baik dari puasa. 

Semasa berbuka pula, memang ramai gemar minuman yang manis-manis tapi masaalahnya gula putih ada juga banyak mudarat.

Cubalah minuman gula merah dan madu . Buat sendiri . Untuk buang angin cuba buat minuman ini sama ada sejuk atau panas: Untuk segelas air, titik halia muda satu ibu jari , tuangkan air mendidih dan perah limau nipis serta tambah gula merah atau madu secukup rasa . Tambah air panas atau air untuk cukupkan segelas.

Bagi yang menyusukan anak dan tak mahu susunya kering, minum ini : Halba yang telah dibersihkan satu sudu teh, tuang air panas, rendam 5 minit, tambah gula merah dan sedikit VCO dan minum pagi dan petang . Ingat bahawa dalam puasa, makanan perlu seimbang dan jika banyak ambil kueh , akan mendapat terlalu banyak karbohidrat dan tidak cukup bahan lain yang badan perlukan.

Akan datang, menu detox Ramadhan .

 

Dicatatkan di bawah: buang lemak di perut toksin cara cepat kuruskan badan kurus kan membersihkan usus mencuci menghilangkan untuk cuci tradisional hilangkan menguruskan pembersih.