Pada malam kami berbuka di Amber Chinese Muslim Restaurant di Bangi beberapa hari yang lalu, Master sempat bersidang dengan pemilik XV yang lain.
Ketika kami sampai ke rumah dah jam 10 lebih. Master dah terlelap dalam kereta sementara tunggu Mommy bukakan pintu pagar rumah apabila ada seorang pakcik yang juga pemilik XV mengetuk tingkap pemandu kereta Proton SAGA BLM kami.
"Jom check gear knob kereta aku. Tak sempat nak ambil gambar", kata pakcik yang menjadi peneraju XV TMB.
Persidangan itu lebih menjurus kepada gear knob STI untuk XV STI yang kami dapati sama sahaja seperti XV premium cuma ada logo STI plastik ditampal pada gear. Main tampal saja, kelakar sungguh, padahal kalau diikutkan gear STI memang lawa dengan kemasan hitam.
Kemudian persidangan mereka bersambung kepada beberapa hal lain.
1. Stereng kereta yang berat
Melalui perbincangan mereka, dipersetujui bahawa stereng XV memang berat dan itu menjadi kelebihan buatnya apabila dipandu laju... err... dipandu sangat laju, kerana kita masih boleh rasa kendalian stereng tersebut.
Dia bandingkan dengan Honda Accord, stereng yang ringan tidak terasa apa apabila pemanduan laju, seolah memandu atas angin. Laju bagi pakcik itu ialah 180 kilometer sejam..
2. Best tak pandu XV?
Seorang pakcik peminat XV tapi tidak memiliki XV mengutarakan soalan itu kepada Master.
Jawapan Master: bila pandu laju baru sedap sebab kalau pandu perlahan stereng berat, kalau laju stereng semakin ringan.
3. Enjin sangat panas dan bunyi besi panas selepas pemanduan
Isu ini tidak dapat diketahui apakah faktanya kerana pakcik pemilik XV itu tidak mengalami masalah yang sama.
4. Bunyi bising angin semasa pemanduan
Hal ini dipersetujui kesemua mereka bahkan ada yang cadangkan pemasangan kalis bunyi (sound proofing) untuk atasi masalah ini dengan kos MYR 800.
5. Penghawa dingin tidak terasa di bahagian belakang
Kami tidak pernah perasan hal iniI tapi pakcik tu kata anak dia mengadu yang penumpang belakang tidak berasa sejuk.
Mungkin benar aduan anaknya itu sebab Subaru XV perlukan penghawa dingin dibuka dengan suhu rendah pada waktu malam untuk elakkan kabus pada cermin hadapan dan belakang.
20160623
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.