بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Dahsyatnya hari ni

Guru kelas tak datang.

Ketua kelas pun cuti panjang jadi terpaksa ganti ketua kelas follow up kerja rumah kawan-kawan.

Patutnya hal pertama yang patut dibereskan adalah pergi jumpa Cikgu Azhar untuk set satu mesyuarat bagi Projek KeMaS RaFID. Tetapi tiba-tiba kawan kata Tedi kena temani dia masuk mesyuarat dengan supplier projek KeMaS RaFID tersebut.

Pening dah Tedi dalam mesyuarat tersebut. Tambahan ada cikgu yang suruh Tedi step up dan ambil alih projek dengan seganas mungkin. Hadoila...

Pada waktu petang pula Tedi sambung urusan pergi setup meeting bersama kelas Cikgu Azhar. Sepatutnya meeting tu esok tapi terpaksa join meeting yang dianjurkan oleh Si Untouchable kerana Cikgu Azhar nak buat sekaligus.

Petang ni sehari suntuk cuba setup linked server pada local machine namun menemui jalan buntu. Takkanlah susah sangat nak setup? 😭

Pagi esok kalau tak silap STIX ada temujanji servis 5000 kilometer, nampaknya malam ni kena ajak Master bawa ia keluar untuk diisi minyak.

Peninglah nak ambil alih tambahan projek KeMaS RaFID ni bawah seliaan terus guru besar yang paling besar di sekolah Tedi ini.

Gambar bangunan The Horizon Annexe
Gambar bangunan The Horizon Annexe semasa kami tunggu Mummy balik dari pejabat beliau yang terletak di seberang jalan. Depan bangunan ini ada jejantas yang menyeberangi Lebuhraya Persekutuan menuju ke Stesen LRT Kerinchi. # Monday, 27 June 2016, 17:56 # 20160627 # 1467021351766.jpg # HUAWEI H30-U10 # https://goo.gl/maps/AuV9W3wzKdUpS3Vq7 # The Horizon, Tower 3, Avenue 7 # Jalan Kerinchi Kiri, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur #

 

~20160627~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm