Inna lillah wa inna ilaihi raji'un.

Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah subhanahu wa ta'ala juga kita semua kembali.

Semalam semasa memandu dengan kelajuan 100 kilometer sejam di Jalan Bangi-Dengkil menghala ke persimpangan Dengkil, Master telah terlanggar seekor burung yang sedang terbang melintasi jalan raya tersebut.

Pada mulanya burung itu terbang ke hadapan dan sudah melepasi lorong yang bakal kami lalui, tetapi secara tiba-tiba sahaja burung itu berpatah balik dan terbang ke arah kereta Proton Saga BLM 1.3 MT yang sedang kami kenderai.

gambar kesan akibat langgar seekor burung

Kami terlanggar burung tersebut di mana ia dirempuh di bahagian cermin hadapan. Mungkin ketika itu ia cuba terbang ke altitud lebih tinggi untuk mengelakkan kenderaan kami.

Rempuhan kuat itu menyebabkan kami menyangka cermin hadapan pecah tapi nasib baik ia tidak berlaku.

Nasib malang burung tersebut tidaklah Tedi ketahui namun tiada kesan darah pada kenderaan kami. Semoga ia dalam keadaan baik-baik sahaja.

Hal ini menyebabkan Tedi terfikir, apa yang akan terjadi jika buka burung yang kami langgar tapi kenderaan lain?

Pada kelajuan seratus kilometer sahaja kami sudah tidak mampu mengelakkan melanggar seekor burung, bagaimana pula jika kenderaan kami dipandu lebih laju?

Sesungguhnya strategi yang selalu kita abaikan adalah strategi untuk berhenti atau menghentikan sesuatu.

Kita mampu sahaja pergi dengan laju, selaju mana kita mahu, tapi adakah kita akan mampu berhenti apabila kita mahu berhenti?


20160616