Para penyelidik telah menemui kaedah terbaru untuk menukarkan barangan plastik terbuang menjadi minyak menggunakan kaedah dwi-catalyst.

Plastik terdiri daripada rantaian panjang atom-atom hidrogen dan karbon.

Gambar mesin yang boleh menukarkan barang plastik kepada minyak

Dalam proses itu, catalyst pertama akan singkirkan hidrogen daripada ikatan dengan karbon, menyebabkan dua atom karbon membentuk dua ikatan lemah.

Catalyst kedua pula akan singkirkan dua ikatan lemah itu sekaligus hasilkan rantaian pendek atom karbon yang boleh digunakan sebagai minyak (bahan api).


Seingat Tedi, ada cerita pasal warga Palestin yang ekstrak minyak daripada plastik dek kesukaran mereka untuk mendapatkan bahan bakar itu. Nampaknya itu bukan omongan kosong belaka. Cuma mungkin kaedah yang mereka gunakan berbeza.

Sesungguhnya kesukaran akan diikuti dengan kemudahan, dan kesukaran akan diikuti kemudahan, itulah janji Allah. Mereka yang berjaya selalunya adalah mereka yang pernah bergelut dengan kesukaran sehingga mendesak mereka untuk mendaki puncak kejayaan.

Nampaknya kepungan Zionist Israel telah membangkitkan penggunaan teknologi alternatif di sana sedangkan Malaysia masih nak menjerut leher rakyat dengan alasan kenaikan minyak, tapi bila minyak turun kadar kenaikan tarif yang berlaku dengan alasan kenaikan harga minyak itu tidak pula mengalami penurunan. Oh lupa, mereka bukan kata peningkatan harga minyak, tapi peningkatan kos operasi disebabkan kenaikan harga minyak.

Apa-apa sajalah Labu...