Hari ni singgah berbuka di Mydin Mall USJ. Makanan kegemaran Tedi di sini adalah Yee Mee Kari Bebola Ikan Tak Nak Tauge.
Panjang kan nama resepi kegemaran Tedi ni?
Selain itu ada juga Yee Mee Sizzling tapi di gerai lain di medan selera ni.
Harga Yee Mee Kari ni dalam MYR 7.90.
Hari ni makcik tu letak dalam dua bekas sebab dia takut yee mee ni kembang kalau rendam lama dalam kari sementara tunggu waktu berbuka puasa.
Selepas berbuka puasa mungkin Tedi ikut Mommy pergi beli baju raya pula.
Selepas tu baru kami pergi jemput Sakinah di Puchong Kenangan. Harap-harapnya dia nak ikutlah.
Gambar Yee Mee Kari Bebola Ikan Tak Nak Tauge
Mommy pula ambil set Bawal Goreng Berempah dengan harga MYR 10.90.
Gambar set Ikan Bawal Goreng Berempah
20160621 19:19
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.