Dengan ketiadaan Sunderland A.F.C dan Middlesbrough dalam senarai perlawanan musim depan, peminat Newcastle United F.C telah mengundi Aston Villa sebagai kelab 'yang paling dibenci' oleh mereka dalam saingan Championship League musim depan.

Apa yang paling mengecewakan ialah The Magpies akan menghadapi musim dalam Championship League tanpa saingan dari Wearside iaitu Sunderland atau saingan dari Teesside iaitu Middlesbrough yang kedua-duanya bermain dalam Liga Perdana Inggeris (English Premier League).

Pihak ChronicleLive telah melakukan tinjauan pendapat di kalangan peminat untuk melihat siapa yang pasukan yang paling dibenci yang akan dihadapi anak buah Rafa Benitez pada musim depan - dan ia tidak mengejutkan apabila keputusan tinjauan pendapat itu mendedahkan Villans terletak dalam senarai paling atas.

Gambar penyokong Newcastle United mencemuh permainan menentang Leicester City

Kedua-dua pihak penyokong sudah terjebak dalam persengketaan sejak 2009 apabila peminat Newcastle marah dengan ejekan Aston Villa ke atas penyingkiran mereka - melalui satu sepanduk (banner) daripada peminat Villa dengan mesej : "Tangisan di Tyne".

Dengan musim dahsyat yang dialami Aston Villa pada tahun lepas, dan ketika Newcastle cuba untuk bertahan dalam Premier League, persengketaan itu semakin meningkat apabila kehadiran mereka ke Villa Park untuk permainan kedua terakhir kempen pada bulan Mei berkesudahan seri 1-1, ditambah dengan kehadiran satu sepanduk dengan mesej, "Kamu jatuh bersama Villa". Pada minggu yang sama Sunderland menang ke atas Chelsea, dan pada minggu selepas itu, Sunderland menang pula ke atas Everton, menyebabkan Newcastle United benar-benar tersungkur ke Championship League.

Peminat Newcastle menyalahkan Aston Villa di atas penyingkiran mereka, walaupun pada hakikatnya penygingkiran itu adalah kesan daripada prestasi hambar pasukan Newcastle United pada musim tersebut.

Selain itu Aston Villa juga adalah pesaing utama Newcastle dalam persaingan Championship League pada musim depan, jadi tidak hairanlah 86% peminat Newcastle membenci mereka.

Sepanduk 'Suram dalam Brum' yang dikibarkan The Magpies sebaliknya tidak berpihak kepada mereka kerana keputusan seri dengan Aston Villa 1-1 pada hari itu, disertai dengan kemenangan mustahil Sunderland ke atas Chelsea, dan kemenangan Sunderland pada pertengahan minggu berikutnya ke atas Everton, mengesahkan Newcastle akan menyertai Villa di tahap kedua Liga Bolasepak Inggeris pada musim depan.

Jadi dengan pasangan itu mungkin di kalangan pesaing terbesar mengejar promosi kembali ke Liga Perdana Inggeris musim depan, ia adalah tidak mengejutkan bahawa 86% daripada peminat yang mengundi berkata mereka benci kepada Aston Villa.

Berikut adalah sepuluh pasukan Championship paling dibenci oleh peminat Newcastle (%):

  1. Aston Villa: 86
  2. QPR: 58
  3. Leeds: 52
  4. Wigan: 44
  5. Cardiff: 41
  6. Norwich: 37
  7. Fulham: 35
  8. Birmingham: 33
  9. Wolves: 30
  10. Blackburn: 27

20160727