بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Ramai pula bertanya apa beza Petronas Syntium 800 dan 3000? Tedi kalau nak cerita dengan panjang lebar tentulah tak mampu nak buat, jadi Tedi ceritakan secara ringkas dan rasa-rasa sajalah.
Nasib baik (dan malang) juga kami pernah gunakan kesemua siri minyak enjin Petronas Syntium tersebut, maka bolehlah Tedi ceritakan serba sedikit.
Petronas Syntium 500, mineral
Kita mulakan dengan minyak hitam Petronas Syntium 500 iaitu minyak enjin mineral, semi-sintetik bukan, sintetik pun bukan.
Nasihat Tedi, tak payahlah gunakan minyak enjin ni sama sekali.
Kami pernah gunakan sekali sahaja semasa kami tidak berwang dan akibatnya enjin menjadi kasar bunyinya... huhu... memang satu kesilapan besar yang Tedi takkan dapat lupakan sehingga ke hari ini.
Petronas Syntium 800, semi-sintetik
Syntium 800 pula adalah minyak enjin Petronas dengan campuran semi-sintetik. Rasanya sama macam guna minyak hitam Petronas Syntium 1000.
Petronas Syntium 800 berapa km? ia boleh digunakan untuk perjalanan sehingga 5000 kilometer sahaja. Kalau 5000 kilometer kena tolak 1000 sebab sangkut dalam kesesakan, jadi tinggal 4000 km sahaja.
Petronas Syntium 1000, sintetik penuh
Syntium 1000 pula adalah minyak enjin sintetik penuh (fully synthetic), yang sekarang turun pangkat ke sintetik gred bawah iaitu SAE 15W-50.
Rasanya sama macam guna Syntium 800 tapi ia boleh guna sejauh 10000 kilometer. Memandangkan selalu sangkut dalam kesesakan, kita boleh ganti minyak ini selepas 9000 kilometer.
Petronas Syntium 3000, sintetik penuh
Syntium 3000 juga minyak hitam sintetik penuh (fully synthetic) seperti Syntium 1000 tetapi berbeza daripada segi kelikatan (SAE 5W-40) dan secara khususnya adalah untuk kereta seperti BMW & Porsche.
Apakah maksud jenis mineral, semi-sintetik, dan sintetik penuh?
Itulah semua siri Petronas Syntium yang pernah kami gunakan. Petronas ada keluarkan Petronas Syntium 5000 yang dikatakan minyak pelincir paling tinggi prestasinya buat masa ini, memenuhi standard terkini termasuk ILSAC GF-4 untuk penjimatan minyak, namun kami tidak pernah mencubanya.
Selain itu berkenaan jenis-jenis minyak yang disebut mineral, semi-sintetik (semi synthetic) dan, sintetik penuh (fully synthetic) tu bermaksud bahan yang digunakan untuk pembuatan minyak enjin tersebut.
Mineral bermaksud ia sepenuhnya adalah produk daripada penapisan petroleum atau minyak mentah.
Sintetik pula bermaksud ia adalah minyak tiruan yang menyerupai hasil minyak mentah dan dihasilkan menggunakan kaedah kimia.
Semi-sintetik atau sebahagiannya tiruan pula bermaksud campuran kedua-dua bahan.
Minyak tiruan (synthetic) adalah lebih tahan lama kerana susunan molekul mereka lebih bagus, tetapi kos penghasilannya pula lebih mahal.
Itu sahaja coretan buat masa ini, semoga penjelasan ringkas daripada Tedi berkenaan minyak enjin Petronas Syntium itu akan menjawab persoalan kawan-kawan.
Artikel ini adalah berkenaan jenis minyak enjin petronas. 20190829.
24 Ulasan
terima kasih ulasan ni...bagus setakat ni...nt update kan minyak pelincir baru petronas tu...ada 3 jenis kot yg baru dilancarkan...kalo dpt review tu baik jugak....sbb igt nk try service guna minyak baru...
BalasPadamsama-sama, kawan tanya, Tedi jawab je lah... hihi... entah betul entah tidak.
PadamPetronas Syntium 3000 nampak ok kot, tapi skrg aku tengah guna Shell Helix Ultra, nak tahu apa yg beza sama2 dua2 product ni...
PadamShell Ultra dgn Shell Hx7 beza besar ke? aku tengah guna Honda City x tahu mana mmg best utk kerata ku... boleh share lebih apa kegunaan dua2 ni? aku suka shell tapi x tahu apa function dia shj...
PadamMinyak Shell Helix Ultra adalah 5w40 (full synthetic) manakala
PadamHX7 adalah 10w40 (semi-synthetic).
HX7 lebih murah tapi Tedi lebih suka gunakan sintetik penuh untuk jaga enjin.
Beza harga mungkin Helix Ultra mahal sekali ganda tapi Shell ni banyak supermarket jual maka boleh beli masa promotion harganya mungkin murah separuh harga.
Lagipun semi sintetik kita guna 3000 ke 4000 km dah kena tukar minyak sedangkan sintetik penuh kita boleh tukar masa 8000 km ke 9000 km jadi Tedi rasa lebih jimat.
Kereta mahal baik guna minyak okay, nyesal nanti bila dengar bunyi enjin kasar.
Ban Lee: ya sama kumpulan lah tu Syntium 3000 dan Helix Ultra. Orang kata minyak Shell lebih halus jadi lebih baik, tapi Tedi tak rasa macam tu pun.
PadamTedi ada komen pasal Helix Ultra tapi pasal hargalah di sini http://interpretzz.blogspot.my/2017/02/harga-minyak-enjin-tesco-putra-nilai.html#more.
Tedi fokus kepada jenis minyak asalkan sintetik penuh dan kemudian kepada harga. Tapi hati-hati dengan lambakan minyak Shell palsu di pasaran.
Helix Ultra macam sesuai untuk kereta mahal sahaja, Kereta perdua Myvi yang saya pakai mesti tak dapat guna minyak kereta tu, macam Ferrari, BMW baru sesuai, sedih saya!
PadamMana yang lebih bagus, i lebih suka Petronas, tapi Shell ada produk baru yang banyak orang bincang sekarang, nak guna produk apa yang saya biasa sahaja, tak nak ambil risiko.
Padami pon mau tau mn lagi bgs ?dan mana harga lagi rndah petronas sama shell?dua2 pon hot brand
Padamx pernah banding harga jugak... tapi aku hanya tahu shell ada buat reward member mcm warranti tapi petronas x ada apa2 kan?
Padamkalau mahal sedikit ada warranti ok kot...
minyak petronas bagi saya terbaik.. enjin menjadi pickup.. bagi yang nak jimat dan berpuas hati pakailah syntium 800.. dh ok dah.. bunyi enjin tk kasar sgt, relaks dan boleh tahan hingga 7000 km.. digabung dengan teknologi cooltech, jadi jalan jauh tak perlu risau..enjin sentiasa cool..lagi2 time sejuk atau hujan.. enjin bertambah power.. pickup up ..Untuk penjagaan yang baik 5000km servis je..
Padam@Nor Hatini: memang designed untuk kereta mahal Shell Helix Ultra tu, Tedi tak biasa dengan range harga Shell Helix, kalau Petronas Syntium ada offer Syntium 1000 utk harga murah full synthetic. Tedi cuma target fully sintetik aja sebab banyak berjalan dan stuck dalam traffic jam.
BalasPadamKalau kereta Eropah wajib follow jenis minyak hitam yang pengeluar cadangkan takut jahanam macam kereta Volkswagen. :)
tapi malaysia banyak juga volkswagen kereta, haha, rasa malaysia banyak orang bawa kereta mahal... shell helix ultra ni sesuai apply untuk kereta mahal, aku pakai Mitsubishi lancer, pakai shell helix ultra ni juga, memang boleh jaga engin aku x senang panas kan
Padamya lah, Pengguna kereta biasa cuma dapat pakai minyak kereta biasa. Bukan nak tegur apa, cuma rasa harga dia tak puaskan hati saya, Caltex boleh tahan lagi.
Padamkalau rasa helix ultra mahal boleh cuba shell hx7 jerrr...
Padamaku guna lexus hanya guna shell helix hx7 shj...
asalnya engine minyak blh jaga engine tahan panas dan bersih sdh ok
kena tiap2 cycle tukar baru blh tahan lagi lama...
@karimah: betullah tu guna aja apa yang biasa, kalau rasa nak explore barulah cuba product lain asalkan yang original, nak selamat beli sendiri di stesen minyak. Guna juga apa yang pengilang kereta cadangkan.
BalasPadamKalau tanya mekanik memasing suh guna Shell tapi Tedi rasa macam tak best. Kalau pelumba kereta pula sibuk nak guna Liqui Moly. Kalau kereta Eropah mungkin nak guna Mobile 1.
btul tu memasing ada pndapat masing2 kan apa yg elok guna dgn tak. mmg kalau pegi bengkel pon ada rekemen shell punya brang,tapi kita kena pandai la pilih kan.
PadamShell bukan tak bagus, cuma saya tak minat. Kalau saya guna kereta minyak yang saya tak suka, saya mesti rasa pelik-pelik masa memandu kereta saya. Mesti ada perasaan kereta saya tak elok. hahaha
PadamBiasa pandangan luar negara brand boleh tahan sikit kan?
PadamShell dari europh kot? aku lebih ada keyakinan kpd shell helix ni...
dah lama keluar x pernah dengar ada org complaint kot...
Petronas pun brand international juga dari syarikat tempatan.
Padamso kira nya minyak hitam petronas ni xbagus la ek? xphm ulasan di atas? ape maksud malang tu?
BalasPadamnasib malang bila guna Petronas Syntium 500 yang paling murah sebab ia menyebabkan enjin berbunyi kasar sampai bila-bila sejak gunakannya.
Padamminya Petronas Syntium 500 adalah minyak hitam jenis mineral yang sepatutnya kita tak gunakan untuk penggunaan lasak seperti perjalanan jauh atau lama.
bunyi enjin kereta kami jadi kasar sebab gunakan minyak ini dan pada masa yang sama kami travel lebih 24 jam KL ke Terengganu ke Pahang dan kembali ke KL.
Secara umumnya minyak pelincir enjin Petronas Syntium ni bagus sebab tu kami masih gunakannya, cuma tujuan karangan ini adalah nak ceritakan apakah perbezaan yang kami rasakan atau alami semasa menggunakan jenis Petronas Syntium yang berbeza.
PadamMaklum sahajalah ada yang harganya mahal, jadi ada kawan-kawan nak tahu apa bestnya kalau pakai yang mahal?
Saya sda guna syntium 500 satu tahun lebih bru servis..ok jew tk de masaalah...keta sy Dmax 3.0 4x4
BalasPadamInjen smooth ringan.....
After servis minyak hitam msh bagus lagi still smooth plincir nya.......
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.