Ke KLIA2 pada jam 6.30 pagi
Cerita semalam bermula dengan kami sekeluarga menghantar Mak Long Ili, Mak Lang Izati dan kawannya Makcik Aisyah ke KLIA2 sempena penerbangan mereka ke Kelantan.
Jalan dari Nilai ke Banting punyalah sesak walaupun jam baru 6:45 pagi. Jadi sesiapa yang mahu hantar orang ke KLIA atau KLIA2 selepas jam 6 pagi haruslah gerak awal. Sebelum ni kami selalu hantar orang sebelum 6 pagi, memang jalan tiada kereta.
Master terpaksa menyelit di belah kiri sekali sebab dua lorong kanan sesak dengan kereta yang nak ke Cyberjaya atau Dengkil atau Kota Warisan.
Laluan kontra di Lebuhraya MEX
Selepas hantar mereka, seperti biasa Master dan Mommy ke pejabat masing-masing. Lebuhraya MEX sesak gila sehingga dibuka laluan kontra. Pertama kali Tedi tengok MEX membuka laluan kontra iaitu selepas persimpangan Bukit Jalil dan masuk semula sebelum persimpangan Kuchai Lama.
Selepas itu jalan melalui Lebuhraya Pantai Baharu agak lancar.
Master ambil alih tugas rakan sekerja
Semalam adalah hari pertama selepas Mr R meninggalkan Master dan pasukan mereka. Master mengambil alih 2 projek di mana salah satu projek sedang dalam fasa Ujian Dalaman dan dikira sebagai first priority.
Jadi semalam Master banyak menghabiskan masanya nyah-ralat (debug) dua isu yang ditemui semasa diuji. Nasib baik kedua-duanya dapat diselesaikan dengan agak mudah.
Pada waktu petang Master ada perjumpaan dengan CEO. Pada mulanya Master sangkakan beliau akan diberi duit raya sempena Aidilfitri yang bakal menjelma, tetapi jangkaan Master itu meleset sama sekali.
Tapi beliau tetap diberikan berita gembira kerana sehari sebelum raya beliau diberi pelepasan seawal jam 1 petang, dan pada hari Jumaat selepas raya, Master dibenarkan bercuti. Yahoo...
Mommy pergi ke MidValley
Mommy pula bercuti separuh hari dan menghabiskan masanya di MidValley. Apa yang Mommy beli tiadalah Tedi mengetahuinya.
Usai membeli-belah, Mommy singgah di rumah kawannya di Kampung Malaysia Tambahan.
Trafik sesak ke Kampung Malaysia Tambahan
Jam 4.30 petang Master dan Tedi mula bergerak ke Kampung Malaysia Tambahan melalui Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Lebuhraya KL-Seremban sebelum kami dibawa berpusing-pusing melalui kawasan perumahan oleh Waze, keluar semula ke lebuhraya dan kemudian baru sampai ke destinasi. Gila berliku jalan yang dilalui hanya kerana trafik yang sangat sesak.
Usai menjemput Mommy kami keluar semula ke lebuhraya, kemudian kami dibawa Waze menghala ke Sungai Besi dan keluar ke Bangi, di mana trafik di Sungai Besi boleh dikatakan tak bergerak selepas tol.
Mungkin sudah ramai yang bergerak pulang ke kampung masing-masing semalam.
Singgah di Pasar Ramadhan Kosmoplex
Memandangkan kami sampai di Bandar Baru Salak Tinggi sekitar jam 6:30 petang maka kami segera menuju ke Pasar Ramadhan Kosmoplex. Ini adalah kali pertama kami menjejakkan kaki ke sana pada bulan Ramadhan tahun ini.
Master beli nasi kukus dengan air mangga percuma berharga RM 6, manakala Mommy beli nasi beriyani kalau Tedi tak silap namanya.
Iklan rumah 2 tingkat Salak Perdana
Sesiapa yang berminat untuk beli rumah dua tingkat di Salak Perdana bolehlah hubungi nombor 018 7673 711 untuk maklumat lanjut. Kawan Master minta dia carikan rumah berharga Rm 300000 tapi macam tak dapat je dalam Zaman Najib ni. Rumah ni ada 4 bilik 3 bilik air dan berkeluasan 20x65 kaki persegi, tiada bayaran muka katanya. Tapi selalulah kan kalau dia iklan harga RM 4xxx ribu tu maksudnya dah nak cecah RM 500,000.
20160702
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.