Hari ini Tedi nak promosi sebuah homestay Wakaf Bharu juga homestay Tumpat kepada mereka yang mahu menginap di Negeri Kelantan Darul Naim.
Karangan mengenai De5 Homestay Wakaf Bharu / Tumpat ini dibahagikan kepada beberapa seksyen seperti Harga, Pengenalan, Tempat menarik,Nombor telefon De5 Homestay Wakaf Bharu / Tumpat, Lokasi De5 Homestay Wakaf Bharu / Tumpat, De5 Homestay penuh?, Masalah dengan De5 Homestay?, dan Penafian.
Harga sewa De5 Homestay Wakaf Bharu
Harga semalaman: MYR 120.00 sahaja.
Hubungi:
012-929 2102 (Cikgu Ismail - telefon dan Whatsapp)
Selain kadar semalaman (boleh bincang), De5 Homestay yang turut terletak dalam jajahan Tumpat juga terima sewaan sehingga sebulan terutamanya orang luar yang punyai kerja di sekitar Kota Bharu dengan harga yang lebih berpatutan.
Harga ini adalah harga baru semenjak Oktober 2019 sebab De5 homestay telah dipasang penghawa dingin.
Tuan homestay telah mendapati unit ini diiklankan dalam Booking.com dengan harga RM 176 semalaman, ternyata itu adalah satu penipuan.
Pengenalan
De5 Homestay (dibaca Delima Homestay atau The Lima Home Stay) adalah sebuah inap desa (homestay) di Kampung Delima, Wakaf Bharu, Kelantan di Jalan Bunut Susu - Kubang Batang. Homestay ini terletak di jajahan Tumpat, berhadapan jalan Bunut Susu menjadikannya salah sebuah homestay Wakaf Bharu atau homestay Tumpat.
Homestay Kampung Delima ini terletak berhadapan (seberang jalan) Masjid Mukim Delima. Di sekitarnya terdapat Homestay Kita, kedai menjual kuih-muih, kedai menjual nasi berlauk dalam jarak berjalan kaki. Jika anda rajin berjoging anda boleh menyaksikan pemandangan sawah padi dan tali air. Di sawah padi ada burung dan jika bernasib baik pada musim menuai anda boleh bergambar dengan mesin padi.
De5 Homestay Wakaf Bharu adalah sebuah rumah dengan:
- 2 bilik dengan penyaman udara dan katil bersaiz queen,
- 1 tandas,
- 1 bilik air,
- ruang tamu,
- dapur dengan meja makan dan peralatan memasak,
- halaman yang boleh memuatkan hingga 3 buah kereta.
Setiap bilik dan ruang tamu punyai kipas siling. De5 Homestay juga telah dipasang penyaman udara semenjak September 2018 berdasarkan komen tetamu.
Tempat menarik
Berikut adalah beberapa tempat menarik yang menjadi destinasi kepada para penyewa De5 Homsetay Wakaf Bharu ini:
- Masjid Mukim Delima / Masjid Kampung Delima (30 meter)
- Klinik Delima (200 meter)
- Masjid Mukim Teliar, Bunut Susu (1.4 kilometer)
- Masjid Kubang Batang (menjadi tumpuan bergambar)
- Kedai Dobi Layan Diri 24 jam De' Salju Laundry (2.5 kilometer) - boleh basuh baju layan diri guna token dan syiling 50 sen baru, sabun dan pelembut percuma, ada khidmat angkatkan cucian yang telah selesai.
- Pekan Wakaf Bharu (3 km)
- Stesen Keretapi KTMB Wakaf Bharu (4.8 km)
- Masjid Diraja al-Ismaili Pasir Pekan (7.2 km)
- Kolej Komuniti Pasir Pekan (7 km)
- Pusat Kegiatan Guru (PKG) Pasir Pekan (8.5 km)
- TESCO Kota Bharu (10.1 km)
- Wakaf Che Yeh (10 km)
- Hospital Tumpat (10.5 km)
- Stadium Sultan Muhammad IV (10.5 km) - stadium rasmi The Red Warrior, this is Kota Bharu.
- Pasar Siti Khadijah (10.8 km)
- Bazar Tok Guru (11.3 km) - beli tudung, baju, barang kosmetik, batik sama ada kain atau baju batik, periuk kuali.
- Hospital Raja Perempuan Zainab 2 / Hospital Kota Bharu (13.7 km)
- Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor (17 km)
- Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pangkalan Chepa (18.9 km)
- Pantai Cahaya Bulan (19.9 km)
- MRSM Tumpat (20 km)
- Pantai Sri Tujuh dan Pantai Geting (20 km)
- Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang (30 km)
Anda boleh juga meminta nasihat perjalanan kerana Kota Bharu juga ada kesesakan lalu lintas.
Selain itu oleh kerana Negeri Kelantan terkenal dengan juadah pelbagai jenis nasi berlauk, nasi air, nasi air dingin, nasi kerabu, nasi dagang dan macam-macam jenis nasi lagi, anda boleh bertanya kepada Cikgu Ismail di mana destinasi untuk makan-makan.
Hubungi:
012-929 2102 (Cikgu Ismail - telefon dan Whatsapp)
Kelengkapan yang disediakan
Disediakan pinggan mangkuk, dapur gas, dan peti ais mini... sesuai untuk mereka yang berkeluarga dan tak perlulah bawa pinggan mangkuk sendiri.
Bilik di De5 Homestay ni cuma ada 2 buah sahaja. Gambar di atas adalah gambar bilik pertama yang disediakan juga sejadah dan bantal lebih. Ada katil dan juga ruang yang agak lapang untuk penginap bentangkan toto atau tikar untuk tidur di bawah.
De5 Homestay menyediakan toto dan bantal lebih untuk para penyewa sesuai dengan konsepnya mesra keluarga.
Untuk tempahan di musim perayaan, kena awal-awal sikitlah ya, sebab di Kelantan ni hotel dan homestay macam durian panas baru gugur. Selalunya penyewa terdiri daripada mereka yang balik kampung semasa musim perayaan, rombongan kahwin, para pelancong, dan mereka yang ada kerja sementara di Kota Bharu.
Nombor telefon
Hubungi:
012-929 2102 (Cikgu Ismail - telefon dan Whatsapp)
Itu sahajalah, kalau nak tau lebih lanjut boleh bertanya terus kepada tokay homestay, Cikgu Ismail di nombor telefon 012-929 2102.
Peta Lokasi De5 Homestay Wakaf Bharu / Tumpat:
Peta lokasi De5 Homestay. Sila set Waze elakkan jalan kampung kerana anda mungkin akan dibawa melalui jalan tali air yang hanya boleh muat sebuah kereta.
De5 Homestay terletak di sebelah Jalan Bunut Susu - Kubang Batang. Oleh itu jika anda dibawa melalui jalan kecil, boleh keluar semula ke jalan besar dan teruskan perjalanan. Perhatikan papan tanda ke Kampung Delima.
Ini pula gambaran melalui Google Street View tetapi gambar ni semasa De5 Homestay masih dalam pembinaan.
De5 Homestay penuh?
Jika De5 Homestay Wakaf Bharu sudah penuh, anda boleh sahaja bertanya kepada Cikgu Ismail jika ada homestay lain yang berdekatan.
Cikgu Ismail yang Tedi kenali tidak keberatan membantu mereka yang memerlukan bantuan.
Masalah dengan De5 Homestay?
Jika anda ada sebarang masalah berkenaan De5 Homestay, boleh maklumkan kepada Cikgu Ismail untuk diperbaiki pada masa akan datang.
Penafian
De5 Homestay didapati telah disewakan melalui Booking.com oleh individu tidak dikenali dengan bayaran RM 176 semalam. De5 Homestay tidak bertanggungjawab dengan tempahan melalui laman web Booking.com tersebut.
11 Ulasan
terima kasih singgah
BalasPadamGreat article am also a blogger @ yod101.blogspot.com
BalasPadamWould love if you checked out my blog
Welcome and thanks for visiting. Of course I'm really happy to check your blog.
Padammenarik tempat nI :)
BalasPadamsesuai disewa oleh keluarga
PadamSalam perkenalan.. follow sini..
BalasPadamMenarik himestaynya..
Wa'alaikumussalam. Thanks follow. Tedi tak jumpa cara nak follow.
PadamHacking sangat mudah kerana ia dilakukan dalam filem yang kita tonton, Hacker benar-benar dapat melakukan semua perkara yang kita lihat, seperti melanggar ke dalam rangkaian untuk mendapatkan akses ke fail tertentu, mencuri fail tersebut, memantau pengguna aktif, memadam fail dan banyak lagi.
BalasPadamBAGAIMANA HACKING REALLY WORKS
Hacking mudah dilakukan dengan menggunakan program tertentu (Virus komputer, Spywares, Trojans, Malwares) untuk mendapatkan akses dan kawalan ke atas 💻 dan Cell 📲. Program-program ini direka untuk memecahkan pertahanan komputer tanpa pengguna walaupun mengetahui.
PERKHIDMATAN TECH COPE
COPE TECHS adalah sebuah organisasi yang boleh dipercayai dan dihubungi jika anda memerlukan perkhidmatan Hacking. Matlamat kami adalah untuk tidak membantu individu yang mempunyai masalah teknologi dan bukan untuk tujuan Pencurian. Kami menjamin anda sebagai jaminan kerja kami dan tanpa sebab, kerja kami untuk anda terdedah kepada orang lain. Buktikan kerja kami pada masa lalu akan ditunjukkan kepada anda tetapi sila perhatikan bahawa individu yang kami lakukan untuknya tidak akan didedahkan kepada anda.
PERKHIDMATAN HACKING KAMI BOLEH MENAWARKAN ANDA
Tidak ada batasan apa yang boleh kami lakukan untuk anda tetapi kami mempunyai sekatan dalam perkara yang boleh kami lakukan. Kerana tidak ada sebab kami akan membantu anda dalam Perompak atau Mencuri sekiranya ada barang dan harta benda lain, sila letakkan dalam fikiran.
Berikut ialah senarai perkhidmatan yang Diluluskan:
* Pemantauan Telefon 📱 atau Komputer 💻 untuk tujuan pemantauan E-mel, Mesej teks, Panggilan telefon, Social Media Chats, jika disangka pasangan anda menipu atau melakukan sesuatu yang tidak baik dengan anda.
* Pembayaran balik hutang kepada Bank dan Syarikat Pinjaman lain, Ya dengan bantuan pertambangan Bitcoin we kami telah membantu banyak orang membayar hutang.
* Menukar Gred University untuk pelajar-pelajar, kita boleh membantu dengan ini kerana kita tahu bagaimana belajar keras boleh dan kita semua tahu bahawa tanpa gred individu yang baik adalah terhad kepada jenis pekerjaan yang mereka dapat menjamin. dan banyak lagi.
Sekiranya anda tidak mencari Perkhidmatan yang anda perlukan untuk bertanya kepada kami dan jika ia tidak melanggar peraturan kami, kami akan membantu anda. Kenalan dibuat hanya melalui e-mel ini membantu kami kekal selamat dan tidak boleh dipercayai.
Hubungi-:
copetechs@gmail.com
homestay tedi ka ni... kalau ke sini boleh tempah homestay ni
BalasPadamBukan homestay Tedi tolong iklan ja.
Padamterbaek ni. tq 4 info :)
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.