Facebook telah mengumumkan kemaskini terbaru pada sistem Suapan Berita mereka pada hari Rabu lepas.
Kemaskini itu akan membuatkan para pengguna Facebook ditunjukkan lebih banyak kiriman daripada keluarga dan kawan-kawan mereka berbanding kiriman para penerbit.
Facebook berkata bahawa mereka bukannya memilih apa yang patut dibaca oleh pengguna, sebaliknya mereka mahu hubungkan para manusia dan juga idea mereka.
Facebook juga menyatakan bahawa kemaskini itu akan menyebabkan beberapa Laman penerbit akan kehilangan trafik.
Tedi rasa bagus juga kemaskini sebegini diadakan mungkin Facebook mahu kembali ke asas di mana pada suatu masa dulu Facebook adalah tempat manusia berkongsi kiriman dan idea, bukan tempat iklan.
Lagipun Facebook mungkin sedar bahawa mereka kini punyai ramai pesaing.
Kalaulah ASTRO ada ramai pesaing... huhuhu...
20160701
2 Ulasan
bagus juga perubahan ni...kalau tidak yang jarang ditegur akan semakin hilang di timeline....
BalasPadamrasanya memang okay, tapi ramai juga yang tidak bersetuju dengannya
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.