Fuh, dahsyat betul. Tadi semasa buang air kecil, Tedi dapati kencing Tedi berwarna kuning pekat seperti air teh O dengan teh direndam lama, pekat sampai kecoklatan.
Lama Tedi tak jumpa keadaan sebegini.
Mengikut kajian Tedi, fenomena kencing kuning pekat itu mungkin disebabkan kekurangan badan dalam air setelah badan Tedi kehilangan air dalam larian TM Fan Run 2016 semalam.
Semalam adalah percubaan pertama Tedi lari sejauh 10 kilometer dalam larian rasmi, semuanya kerana Tedi nak ada catatan masa rasmi menggunakan alat rekod masa pihak penganjur pertandingan secara elektronik yang hanya ada pada larian 10 kilometer dan 21 kilometer.
Rasa nak mati jugalah semalam selepas sekian lama berehat dari dunia larian. Langkah atau pace Tedi pun jauh berbeza iaitu 8 minit per kilometer, di mana selalunya Tedi dapat capai bawah 8 minit.
Berkenaan dengan kencing kuning pekat yang semakin pekat selepas Tedi tidur semalaman, mungkin ia adalah bahan buangan yang diproses badan Tedi semasa Tedi tidur. Nampaknya ada banyak bahan buangan dalam badan Tedi ni dan air yang ada tidak mencukupi untuk mencairkannya, maka Tedi kenalah minum lebih banyak air pada hari ini.
Jika selepas minum banyak air, kencing masih juga kuning pekat,maka masanya untuk berjumpa doktor.
Tedi berasa memang ada banyak bahan kumuh dalam badan Tedi yang masih belum dikeluarkan sebabnya Tedi berasa tidak segar selepas bangun tidur menunjukkan mungkin banyak asid laktik dalam badan Tedi.
Minum air dan buang air kecil, moga semua asid laktik itu dapat dibuang segera.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.