- Semalam selepas kami bergerak pulang dari kedai bakery Yummie di Bangi, kami segera menuju ke TESCO Hypermarket Bandar Baru Nilai.
- Tujuan kami ke sana adalah untuk membeli emping jagung (NESTLÉ CORN FLAKES) yang bakal menjadi ramuan penting dalam resepi Cornflakes Madu yang Mommy ingin buat sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.
- Malangnya hajat kami ke sana tidak tercapai kerana NESTLÉ CORN FLAKES yang diingini sudah kehabisan stok.
- Maka kami merayau pula ke beberapa buah pasaraya yang agak terkenal di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi, namun hasilnya masih hampa kerana NESTLÉ CORN FLAKES yang diingini tetap juga belum ditemui.
- Akhirnya kami berjaya mendapatkannya di sebuah kedai runcit yang terletak di hadapan Empress Hotel dengan harga yang agak mahal iaitu MYR 12.90 (dua belas Ringgit Malaysia dan sembilan puluh sen sahaja), selalunya kami beli dalam lingkungan harga MYR 8 (lapan Ringgit Malaysia sahaja) ke bawah.
Hebat sungguh teknik pemasaran NESTLÉ Corn Flakes Malaysia
- Melihat kepada fenomena "kepupusan" NESTLÉ CORN FLAKES di rak-rak jualan di beberapa pasaraya yang Tedi kunjungi pada bulan Ramadhan yang mulia ini membuatkan Tedi tertanya-tanya:
- Adakah sempena bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ini rakyat Malaysia bersahur hanya dengan makan NESTLÉ CORN FLAKES seperti mana yang Tedi lakukan?
- Adakah semua kaum wanita berebut-rebut nak buat kuih biskut Cornflakes Madu seperti Mommy?
- Jika jawapannya adalah yang pertama, maka pihak NESTLÉ Malaysia bolehlah mula promosikan NESTLÉ CORN FLAKES ini sebagai juadah bersahur yang lengkap pada bulan Ramadhan akan datang. Nak lebih nampak Islamik bolehlah buat NESTLÉ CORN FLAKES dengan campuran buah kurma. Kalau NESTLÉ Malaysia sudi ambil idea Tedi ni, jangan lokek hulur duit raya ya... hehe...
- Tapi Tedi dapat berasakan seperti deja vu melanda diri bahawa jawapannya adalah yang kedua iaitu kaum wanita ramai yang berebut nak buat kuih biskut Corn Flakes Madu tersebut sempena hidangan kepada tetamu semasa Hari Raya nanti. Jika benar itulah puncanya, maka Tedi tabik kepada pihak pemasaran NESTLÉ Malaysia kerana berjaya mengadaptasi juadah sarapan pagi segera rakyat Amerika Syarikat itu ke dalam perayaan kaum tempatan di Malaysia ini.
- Pihak pemasaran NESTLÉ Malaysia yang patut dipuji (dan diberi bonus tinggi) tentulah bukan pihak pemasaran yang bekerja dengan mereka sekarang ini tetapi mereka yang memasarkan NESTLÉ Corn Flakes sebagai ramuan utama kepada resepi kuih raya pada belasan atau dua puluh tahun dahulu kerana Master kata pada masa itulah resepi biskut NESTLÉ Corn Flakes Madu ini diperkenalkan.
- Ia adalah idea yang sangat hebat kerana sehingga kini promosi penembusan produk pada masa dahulu telah berjaya menjadikan NESTLÉ Corn Flakes menjadi produk untuk dibeli pengguna pada setiap musim Hari Raya dari zaman Master sekolah rendah sehinggalah Master dah tua.
20160703
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.