255 keping duit syiling zaman British dari tahun 1862 ditemui oleh seorang petani di daerah Surajpur di India ketika membajak ladangnya.
Petani bernama Phuleshwar Rajwade menemui syiling dengan cetakan imej Permaisuri Elizabeth itu dalam bekas besi bersama-sama sepupunya. Mereka menceritakan penemuan itu kepada kawan-kawan dan penduduk kampung sehingga tiba ke pengetahuan pihak polis yang datang dan merampas harta tersebut.
Syiling itu kini dalam jagaan polis tempatan selaras dengan undang-undang India yang menyatakan harta yang ditemui di bawah tanah atau satu kaki di bawah tanah sebagai harta negara.
Hal itu menyedihkan keluarga peladang itu yang sebelum ini bercadang untuk mendapatkan keuntungan dengan menjual duit syiling tersebut.
Pihak polis menyatakan bahawa duit syiling itu akan diserahkan kepada pengumpul daerah selepas laporan lanjut disediakan.
Jangan pula syiling itu disonglap oleh pihak lain sudahlah, dan kerajaan India patut memberi penghargaan kepada si penemu harta. Pendapat Tedi ini dikongsi oleh seorang penduduk India yang berpendapat bahawa harta itu akan disimpan, takkan direkodkan, dan akan disonglap para pegawai.
Kaum kerabat kamu dan anak-anak kamu (yang tidak menurut kamu beriman) tidak sekali-kali akan mendatangkan sebarang faedah kepada kamu pada hari kiamat; Allah akan memisahkan di antara kamu semua (pada hari itu) dan (ingatlah), Allah Maha Melihat segala yang kamu kerjakan. (QS 60:3)
20160716
2 Ulasan
Kalau ade gambar.. Sedap sikit tengok hihihi
BalasPadamBlogger ni ada masalah kalau guna phone tak boleh attach photo. Nak attach gambar kena buka notebook, huhu.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.