بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


14:50

Kami dalam perjalanan ke Terengganu dari Temerloh. Kami masuk ke Lebuhraya Pantai Timur tadi dari Plaza Tol Chenor.

Singgah di RSA 2 Gambang Timur atau Hentian R&R Gambang Arah Timur menghala ke Kuantan, nasib baik ada gerai makanan dan minuman Muslim yang dibuka pada hari raya kali ni.

Mengikut pengalaman dulu memang tutup habis gerai di sini tambahan pada masa itu kami tidak membawa sebarang bekalan makanan dan minuman.

Kali ni kami dah bersedia dengan nasi impit dan rendang tetapi ada pula gerai yang dibuka, maka kami beli dan makan nasi lemak.

Ketika berada di sini kami perasan ada seorang perempuan pakai jubah melekap di punggung, nak tegur kami takut pula kalau dia segan nanti. Semoga ada kaum keluarga dia yang tegur.

Di sini ramai kanak-kanak yang membantu ibu bapa mereka berniaga mungkin kerana kakitangan yang sebenar pulang beraya di kampung halaman.

Masa lalu plaza tol tadi Master sempat ucap Selamat Hari Raya kepada toll gate boy yang bertugas di dalamnya. Dia hanya tersenyum sahaja.

Gambar suasana di Rehat & Rawat Gambang Arah Timur yang agak lengang pada hari raya. Lebih baik bersedia dengan bekalan makanan sendiri, mana tahu nasib tidak baik, kedai makan dan minum tidak dibuka. # Wednesday, 6 July 2016, 15:01 # 20160706 # Rehat & Rawat Gambang East Bound # https://goo.gl/maps/U2RA4oQVyLUKeaU56 #

Bacaan seterusnya: Rumah Usang di Kampung Kijing


~20160706~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih