App Store telah menyekat kemaskini terbaru aplikasi Spotify untuk iOS atas alasan Spotify melanggar peraturan model perniagaan.

gambar logo Spotify lawan Apple Music

Mengikut peraturan tersebut, Spotify perlu menggunakan sistem bil Apple jika ia mahu mengenakan langganan dalam aplikasi mereka, tetapi Spotify tidak mahu gunakannya sebaliknya menggalakkan pelanggan mereka melanggan melalui web.

Ini adalah kerana Apple mengenakan cukai 30% ke atas setiap langganan sehingga menyebablan harga langganan aplikasi Spotify lebih mahal USD$ 3 berbanding langganan Apple Music (USD$ 10) jika gunakan sistem bil Apple.

Hal ini menyebabkan Spotify tuduh Apple cuba membunuh persaingan dengan menggunakan Apple Store, dan peguam Spotify telah menghantar surat rasmi kepada pihak Apple.

Apple pula menuduh Spotify manja dan mahukan Apple mengutamakan mereka, dan mereka tidak membunuh persaingan kerana semua pembangun aplikasi iOS yang lain tertakluk kepada peraturan yang sama.

Pada Tedi ini adalah satu bentuk monopoli, namun mungkin kerana Apple popular maka mereka berasa mereka boleh memaksa pelanggan mereka tunduk kepada aturan mereka.


Kemudian dikatakan lagi kepada orang-orang yang berlaku zalim itu: Rasakanlah azab yang kekal. Tidaklah kamu dibalas melainkan dengan apa yang kamu usahakan (di dunia). (AlQuran Surah Yunus 10:52)


20160704