Terengganu adalah negeri yang indah dengan pesisiran pantai yang memanjang dari Kemaman sehingga Kuala Terengganu.
Bertuah juga ada kampung di daerah Marang yang terletak berhampiran dengan pantai. Kuala Marang pula adalah lokasi terletaknya jeti ke Pulau Kapas dan Pulau Kerengga, dua buah pulau yang menjadi tumpuan pelancong untuk bercuti.
Bagi peminat aktiviti memancing dan mencandat sotong di lautan biru, Marang juga menjadi tumpuan mereka.
Selalunya apabila kami bercuti atau melancong di kawasan pulau atau di tepi pantai, aktiviti yang akan kami kejar ialah melihat mentari terbit.
Ironinya apabila kami berada di kpung yang telah mempunyai ciri-ciri yang kami kejar selama ini, tidak pula kami melakukannya.
Mengejar matahari terbit di pantai Marang, Terengganu mungkin akan jadi impian Tedi selepas ini.
Mungkinkah kami perlu kembali ke sini sebagai pelancong dan bukannya sebagai anak desa yang pulang ke kampung?
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.