PETALING JAYA: Lee Chong Wei tidak boleh dipersalahkan kerana gagal untuk memenangi pingat emas buat Malaysia di Sukan Olimpik Rio, menurut bekas legenda negara.

Misbun Sidek, yang juga bekas jurulatih badminton negara, meletakkan kesalahan ke atas kekurangan satu sistem latihan maju dan lengkap di negara ini, lapor China Press.

"Itulah sebab mengapa Malaysia masih tidak dapat melahirkan atlet yang boleh memenangi pingat emas."

"Lapan tahun yang lalu, saya menyuarakan masalah sistem latihan yang ketinggalan zaman di negara ini, tetapi saya tidak diendahkan," Misbun dipetik sebagai berkata oleh China Press.

Misbun Sidek, legenda badminton Malaysia sedang ditemuramah pemberita

Satu lagi isu utama yang menjadi penghalang buat atlet negara dalam sukan itu adalah pembiayaan, tidak seperti China yang menyediakan dana yang banyak untuk melatih pemain badminton mereka, katanya.

"Saya dijemput oleh ketua jurulatih badminton China, Li Yongbo untuk melawat pusat latihan mereka dan saya kagum dengan saiz dan kecanggihannya."

Misbun yang pernah melatih Chong Wei untuk satu dekad, menambah bahawa Lin Dan mempunyai pasukan tujuh anggota yang melatihnya dalam segala aspek termasuk fokus, psikologi, kecergasan fizikal dan diet.

"Walau bagaimanapun, Malaysia telah ketinggalan daalam aspek-aspek ini kerana peruntukan kewangan bagi jurulatih tidak begitu tinggi. Jadi sekumpulan orang yang pakar dalam bidang-bidang seperti itu terpaksa menjaga atlet dalam sukan lain selain badminton."

"Sebab itu China sudah mempunyai pengganti untuk Lin Dan, iaitu Chen Long, manakala Malaysia masih tidak mempunyai calon untuk mengambil alih tugas daripada Chong Wei," kata Misbun.

"Apabila Chong Wei berjuang menentang Chen Long, dia telah menghabiskan sebahagian besar kekuatan fizikal (menghadap Lin Dan) sehari sebelum perlawanan itu."

Misbun juga mendakwa bahawa tidak ada sesiapa memberi petunjuk kepada pemain nombor satu dunia 1 itu bagaimana untuk belajar dari kesilapan masa lalu, atau cara-cara untuk mendapatkan tempat teratas.

Chong Wei memenangi pingat perak ketiga dalam Sukan Olimpik, selepas dikalahkan oleh Chen Long 21-18, 21-18 pada Sabtu lepas. Dia telah mengalahkan saingan ketatnya Lin Dan pada perlawanan separuh akhir sehari sebelum itu. Chong Wei memerlukan tiga set untuk menewaskan Lin Dan, dengan set ketiga mereka bertarung sengit dan berakhir dengan kemenangan 22-20 untuk Malaysia.

Malaysia mengakhiri misi dalam Sukan Olimpik Rio 2016 dengan empat pingat perak dan satu gangsa. Tiga daripada pingat perak yang diperolehi Malaysia adalah dari sukan badminton.


24 Ogos 2016