Tatkala jari-jemari Tedi menaip kiriman ini, Tedi masih terjaga tidak mampu melenakan mata.
Ini adalah kerana Tedi sedang tergolek-golek menahan sakit perut dan rasa loya di tekak yang seolah-olah mahu memuntahkan semua isi perut Tedi yang sudah tiada apa kerana 3 kali muntah.
Ironinya Tedi muntah-muntah setelah tolong urut Mommy yang sebelumnya mengalami sakit perut dan muntah-muntah. Adakah sakit Mommy telah beralih kepada Tedi?
Sebelum ni Tedi sering memperlekehkan sesiapa sahaja yang sendawa apabila mengurut orang lain, kononnya angin daoam badan manusia tu berpindah kepada si tukang urut.
Tapi malam ni Tedi pula yang mengalaminya. Tatkala Mommy sudah terlena, Tedi pula berguling-guling menahan ketidakselesaan perut dan tekak. Baru tadi sahaja Tedi mulai cirit-birit setelah sakit perut dan loya-loya.
Tapi Tedi macam tetap tak boleh terima sakit ni boleh berpindah dengan urutan. Mungkin tadi kami salah makan kesannya dialami kali pada waktu berbeza. Teori ini boleh diterima kerana hari ini kami makan tengahari bersama-sama setelah selesai urusan pertukaran akaun KWSP ke shariah.
Lelaplah mata, esok Tedi nak bersekolah.
2 Ulasan
Cepat sembuh Ted.
BalasPadamAlhamdulillah, dah sembuh dah kami sekeluarga
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.