Sumber: Highway Karak sesak: pengundi balik kampung
- Alhamdulillah kami baru sahaja tiba dari Wakaf Bharu (Kelantan).
- Perjalanan kali ini memakan masa lebih kurang 9 jam untuk jarak 505 kilometer.
- Tempoh itu termasuklah masa yang kami ambil untuk bersarapan di Sarapan @ Roundabout Sungai Merab pada hujung perjalanan.
- Kereta agak banyak pada awal perjalanan terutama di Jalan Kota Bharu - Gua Musang, namun perjalanan jadi lebih lancar selepas Petronas Gua Musang kerana kebanyakan kereta mula berhenti.
- Kebanyakan pemandu memilih untuk berhenti melelapkan mata di sepanjang jalan di antara Gua Musang ke Gombak.
- Nasib baiklah Lebuhraya Karak tidak sesak, maka Master dapat menggunakannya sebagai pilihan utama untuk kami lalui.
- Jika tidak, tentunya Master akan memilih untuk melalui jalan lama Karak - Kuala Lumpur.
- Sebenarnya sebelum Master memilih masa perjalanan untuk pulang dan pilihan jalan alternatif pada Hari Raya Aidil Adha kali ini, kami telah pun melakukan eksperimen pada Hari Raya Aidil Fitri yang lalu.
- Eksperimen itu menyaksikan Master memilih waktu perjalanan yang serupa cuma kami melalui Temerloh dan kemudian singgah di Felda Sungai Lui untuk bermalam.
- Hasil daripada ujikaji tersebut ialah jika Gombak sesak, kami boleh lalu Negeri Sembilan, cuma jarak yang dilalui akan bertambah 80 kilometer, tapi berbaloi jika dapat elakkan kesesakan lalu lintas.
20160918 10:14
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.