Hari ini adalah hari yang agak mendebarkan buat Master kerana hari ini adalah hari di mana semua kod dan dokumentasi perlu diserahkan kepada semua pihak ketiga.

Project Manager sudah tentu panas punggung jika tidak dapat dipenuhi kehendak mereka pada hari ini kerana mereka telah menabur janji-janji yang tidak pasti dan harap-harapnya bukan janji dicapati.

Kod sudah selesai cuma ada satu aplikasi contoh yang belum dapat disulitkan kandungannya. Hal ini adalah kritikal tatkala tiada siapa yang berpengalaman dalam menangani ralat-ralat yang terhasil apabila pustaka untuk pihak ketiga itu disulitkan. Ia telah berjaya disulitkan namun ia tidak dapat digunakan ketika proses pembangunan.

Seorang rakan mencadangkan ujian unit dilaksanakan ke atas pustaka tersebut, dan Master mula menggaru kepala kerana tidak berapa fasih menggunakan teknologi ujian unit.

Selain itu Master juga sepatutnya menguji kandungan modul akses terlindung yang dijana sebelum diserahkan kepada PM.

Oh sedapnya kalian meminta dan memberi arahan pada masa Master dalam kebuntuan. Ternyata PM dan juak-juaknya hanya mahu selamatkan diri dan bukan selamatkan dan menjayakan projek, mungkin satu tuduhan melulu daripada Master yang agak dalam kepayahan.

20160907