بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


  1. Baru sahaja balik dari berlari di Dataran Nilai.
  2. Menghadap komputer riba (laptop) berjenama DELL sebentar untuk mengemaskini interpretZZ yang telah lama dibiarkan bersawang.
  3. Apabila disemak secara rawak pada kiriman ke 5 di halaman ke 12, Tedi terserempak dengan draft yang kandungi sekeping foto seperti di bawah ini.
  4. Ini adalah foto sehelai baju yang diperbuat daripada kain kapas yang amat sukar untuk digosok.
  5. Kain seperti ini selalunya memerlukan bantuan seterika berwap air (steam iron) untuk digosok.
  6. Malangnya ketika itu kami berada di rumah Mak Long di Sungai Besar di mana seterikanya telah lama tidak gunakan wap air kerana Mak Long lebih suka gunakan penyembur.
  7. Ketika inilah bala mula menimpa kerana beberapa faktor iaitu (a) jenis kain yang sukar digosok (b) seterika yang Tedi tiada pengalaman menggunakannya (c) sterika yang telah lama tidak dicuci.
  8. Mungkin kawan-kawan hairan dengan kenyataan (7c) di atas... bagaimana seterika boleh dicuci?
  9. Sterika wap sebenarnya boleh dicuci dengan menggunakan fungsi butang turbo yang ada pada seterika tersebut. Selain itu, ia selalunya mempunyai penapis yang boleh dibuka, dan kemudian kita tekan butang turbo yang akan menyebabkan wap air keluar dengan laju dan membuang segala kotoran yang ada pada seterika.
  10. Masalahnya mungkin kerana telah lama seterika itu tidak dicuci, apabila Tedi gunakan fungsi wap air pada sterika tersebut, ia mengeluarkan kotoran kekuningan.... habis baju kotor dibuatnya.
  11. Nak buat macam mana? Itu adalah satu pengalaman yang agak mahal.
 
Pengalaman baju rosak guna seterika wap Mak Long untuk seterika baju Master yang susah nak seterika, tidak serupa dengan seterika Tefal di rumah yang senang nak guna.
Tak hairan jika seterika wap Tefal di antara seterika stim terbaik.

 

 


~20160909~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih