Bentuk badan yang ramping dan cantik menjadi impian semua wanita

Tetapi bagaimana jika mereka memang montok sejak azali, dan pengorbanan mereka berulang-alik ke gimnasium disertai diet masih tidak mencukupi untuk mendapatkan bentuk badan yang didambakan?

Yang paling penting - adalah jangan sesekali berputus asa!

Dapatkan bantuan tambahan daripada sumber alam yang mungkin tidak kita jangkakan sama sekali, iaitu rempah-ratus!

Ahli-ahli sains dan pakar pemakanan mengatakan makanan pedas lebih cepat menghilangkan rasa lapar berbanding hidangan tak berasa. Selain itu rempah mempercepatkan metabolisme dan berjaya mengurangkan simpanan lemak.

Kulit Kayu Manis

Gambar kulit kayu hitam manis atau cinnamon

Dianggap rempah yang terbaik untuk mereka yang mahu berdiet. Hanya satu perempat daripada satu sudu teh kayu manis akan meningkatkan kadar metabolisme karbohidrat anda.

Ia mengawal tahap gula dalam darah yang terhasil akibat lompatan.

Selain itu, bau kayu manis boleh menipu selera makan anda dan memberikan ilusi kekenyangan. Rempah ini boleh ditambah kepada teh, kopi, keju atau yogurt, epal yang dibakar dan juga labu.

Lada Besar

Gambar lada besar yang menyelerakan jika dibuat sambal

Secubit serbuk lada dalam makanan akan mempercepatkan kadar metabolisme sebanyak 25 peratus, mengurangkan kadar gula, dan menyekat selera makan. Tapi ia patut dielakkan oleh mereka yang mempunyai masalah gastrik atau asid berlebihan dalam perut.

Kunyit

Gambar kunyit basah dan serbuk kunyit.

Merupakan anti-oksida yang cemerlang gemilang terbilang dan membantu aktifkan metabolisme anda. Mengandungi curcumin yang mengelakkan pengumpulan lemak badan dan membantu penghadaman makanan.

Buah Pelaga

Gambar buah pelaga yang menggiurkan.

Anti-oksida dan pembakar lemak yang bagus. Ia memecahkan kolestrol, meningkatkan tahap kekebalan badan dan melawan kemurungan. Rempah yang pedas ini boleh ditambah dalam apa sahaja hidangan.

Anise

Gambar anise dalam posisi  yang amat menyekat nafas lelaki
Ia membantu manusia mengurangkan selera makan mereka. Ia juga mewangikan bau nafas manusia.

Halia

Gambar rempah ratus halia ginger
Membantu tingkatkan sistem penghadaman, tingkatkan kadar metabolisme, dan kurangkan kolestrol dalam darah.

Lada Hitam

Gambar lada hitam yang sesuai untuk dimasak barbeku

Boleh menghancurkan sel lemak dan membakar lebih kalori, meningkatkan sistem otak dan sistem saraf manusia. Tapi tidak membantu meredakan kepedihan ulu hati, ketidakhadaman, dan juga perut kembung.

Lobak Kuda

Gambar lobak kuda. Nafas tercungap-cungap di atas ranjang.

Kandungi tonik, anti-keradangan, anti-bakteria, diuretic dan choleretic. Tapi doktor nasihatkan untuk kita elakkan terlebih makan Lobak Kuda bukan kerana ditakuti kita akan bertukar menjadi kuda, tapi kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah dalam masa singkat!

20160924