gambar pingat atau medal larian 10000 langkah Komuniti Sepang
  1. Gambar medal atau pingat yang kami perolehi setelah berjaya menamatkan larian 8 kilometer kalau tak silap di Larian Santai @ Fun Run ATAU 10,000 Langkah sempena Karnival Komuniti Sepang.
  2. Larian ni percuma sahaja dengan pingat diberikan kepada peserta paling awal sampai.
  3. Peserta 1300 terawal pula dapat baju.
  4. Program ni diadakan di Stadium Bandar Baru Salak Tinggi dengan litar larian merangkumi kawasan Taman Dahlia dan Taman Seroja.
  5. Walaupun litarnya pendek sahaja namun ia agak mencabar sebab kawasan berbukit-bukau. Tidaklah tinggi mana tapi mengah jugalah dibuatnya, hehe.
  6. Mommy dan kawan-kawannya dari program JK1M (Jom Kurus 1 Malaysia) pun turut sertai larian ini.
  7. Kenapalah difokuskan kepada kurus sedangkan apa yang penting ialah sihat. Nampak sangat untuk jual sesuatu kita perlu takutkan sasaran pembeli, contohnya kalau nak jual insurans nyawa, kita fokus kepada kematian.

20160903